Home Artis Korea 5 Hasil Pendapatan Wonyoung IVE, Gigih dan Kuat Bekerja

5 Hasil Pendapatan Wonyoung IVE, Gigih dan Kuat Bekerja

0

IVE bakal melancarkan album yang bertajuk IVE SWITCH pada 29 April 2024 akan datang. Seperti biasa, berita tentang kemunculannya itu disambut penuh bersemangat oleh publik yang menyukai lagu-lagu easy listening mereka. Selain itu, IVE menarik perhatian melalui bakat dan pesona berkesan dari setiap anggota kumpulannya.

Salah seorang dari IVE adalah Wonyoung yang telah bekerja dalam industri hiburan bersama IZ*ONE pada tahun 2018. Dia selalu menunjukkan dedikasinya dalam setiap projek hingga kini. Perkara itulah yang membuatnya memiliki banyak sumber pendapatan dan kekayaan.

Berikut dibawah ini adalah sumber pendapatan si cantik manis ini:

 

 

1. Kerjasama dengan jenama terkenal

WonyoungWonyoung raih populariti luar biasa sejak mengikuti program Produce 48 dan debut bersama IZ*ONE. Pesonanya yang positif membuatnya disukai ramai hingga berbagai-bagai jenama menilihnya untuk iklan dan juga endorsement. Oleh sebab itu, dia dianggap kian sesuai menyandang gelaran “IT Girl”.

Wonyoung telah bekerjasama dengan jenama fesyen, make up, dan juga skincare ternama. Antara jenama terkenal yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk promosi adalah KIRSH, Miu Miu, SK Telecom, FRED, Hapa Kristin, dan AMUSE. Perkara ini membuktikan pengaruh Wonyoung yang kuat di Korea.

 

2. Royalti dari lagu ciptaannya

5f333663 1f21 460c b3ca d350bb52d411Wonyoung telah mengasah bakatnya dalam mencipta lagu sejak masih membuat promosi bersana IZ*ONE. Dalam wawancara dengan Billboard pada tahun 2023, dia mengaku menyukai proses dalam membuat lagu. Dia biasanya memulakan dengan menulis keseluruhan lirik, lalu mengubah dan membuat sedikit perubahan kemudiannya.

Setakat ini, sudah ada 5 buah lagu yang dilancarkan sebagai ciptaan Wonyoung bersama produser lain. Lagu itu adalah “Dreamlike”, “Mine”, “OTT”, “Shine With Me”, dan “With One”. Dia menciptakan lagu itu untuk IZ*ONE dan IVE. Dia mendapat royalti atas hasil kerjanya itu.

 

3. MC acara muzik dan juga majlis anugerah

be63ac6e 7400 4b4d 9514 bbb615180168Wonyoung bergiat sebagai MC untuk kali pertama di Music Bank pada tahun 2021. Kontraknya berakhir pada tahun 2022, tetapi Music Bank menawarkan sambungan kontrak. Dia rasmi mengundurkan diri dari acara muzik tersebut pada tahun 2023.

Wonyoung juga dipercaya menjadi MC untuk berbagai-bagai majlis popular lain seperti 6th Artist Awards, KBS Song Festival 2021, 7th Asia Artist Awards, dan juga 8th Asia Artist Awards. Dia selalu dapat memeriahkan suasana dengan bakatnya berkomunikasi sebagai pengacara majlis.

Wonyoung sebenarnya sangat komited dalam tugasnya sebagai MC. Dia rajin berbincang dengan kru majlis untuk memastikan tugasnya dijalankan dengan betul. Dia pernah memperbaiki kesalahan di skrip untuk majlis Asia Artist Awards 2023.

 

4. Penjualan album fizikal dan digital

3495f15c 57e6 4388 8fbb 702fb9b4d340 1IVE telah meraih perhatian publik sejak debut dengan lagu “Eleven” pada tahun 2021. Mereka juga telah memecahkan berbagai-bagai rekod penjualan album. Salah satunya adalah album I’ve IVE yang terjual sebanyak lebih dari 1 juta copy pada minggu pertama penjualan di Circle Chart pada tahun 2023.

Selain itu, Wonyoung juga pernah membuat promosi bersama IZ*ONE yang selalu berjaya dengan penjualan albumnya setiap kali membuat kemunculan. Lagu-lagu kedua-dua kumpulan tersebut selalu viral hingga menduduki tempat teratas di tangga lagu platform digital.

 

5. Penjualan tiket konsert

44de830f b955 4384 aadf 4b8e79358d83Wonyoung selalu bersemangat semasa tampil di konsert. Dia membuktikan bakat dan pesonanya di pentas. Dia juga sibuk dengan jadual konsert IVE yang memulakan world tour yang bertajuk Show What I Have sejak tahun 2023. IVE mengadakan konsert itu di Seoul, Jakarta, Kuala Lumpur, Paris, Yokohama, dan lain-lain bandar utama di seluruh dunia. Wonyoung sudah terbiasa dengan jadual konsert semasa membuat promosi bersama IZ*ONE. Wonyoung yang bekerja keras menunjukkan penampilan terbaiknya, sudah pasti mendapatkan keuntungan dari setiap konsert yang disertainya.

Wonyoung memiliki banyak sumber kekayaan dan pendapatan seperti di atas kerana dia selalu komited dalam setiap projek yang diberikan. Dia sangat mementingkan perincian dan hasil kerjanya tidak mengecewakan. Jangan lupa nantikan kemunculannya pada 29 April akan datang ya!

Baca lagi: Bawa Watak Utama Dalam “Pyramid Game”, Jang Da Ah Disindir Menumpang Populariti Adiknya, Wonyoung IVE
Baca juga: 10 Watak Wanita Tabah dan Baik Hati dalam Kdrama 2024, Menenangkan Perasaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here