Home Artis Korea Bawa Watak Utama Dalam “Pyramid Game”, Jang Da Ah Disindir Menumpang Populariti...

Bawa Watak Utama Dalam “Pyramid Game”, Jang Da Ah Disindir Menumpang Populariti Adiknya, Wonyoung IVE

0

Jang Da Ah, yang baru memulakan kerjaya sebagai pelakon dalam drama ‘PYRAMID GAME’, telah mencuri perhatian orang ramai sejak sekian lama. Pelakon cantik ini dikenali sebagai kakak Wonyoung IVE.

IMG 7590

Kedua-duanya mempunyai visual yang cantik, Jang Da Ah turut membuktikan dia mempunyai bakat lakonan yang luar biasa menerusi drama pertamanya.

Baca juga: Boikot Kdrama “Lovely Runner” Bakal Tayang 8 April Ini Kerana Tidak Hormat Mendiang Jonghyun SHINee?

IMG 7359 1

Baru sahaja memulakan kerjaya sebagai pelakon, Jang Da-ah, yang segera mendapat watak utama dalam ‘PYRAMID GAME”, mengalami permulaan yang sukar untuk kerjayanya.

 

 

IMG 7361

Jang Da-ah, yang memegang watak Baek Ha Rin, pada awalnya menerima banyak sindiran kerana dia dilihat mengambil kesempatan daripada hubungannya dengan Wonyoung IVE.

 

 

IMG 7362

Malah, ada juga yang mengatakan Jang Da-ah mendapat watak itu melalui nepotisme, di mana kemasyhuran adiknya menjadi punca dia mendapat watak besar itu.

 

 

IMG 7360

Namun, pandangan serong ini serta-merta berubah apabila drama ‘PYRAMID GAME’ ditayangkan pada 29 Februari 2024 lalu telah membuktikan Jang Da-ah seorang pelakon yang berbakat.

 

 

Jang da ah

Selepas menonton drama itu, ramai peminat drama Korea memuji visual Jang Da Ah yang cantik dan kemahiran lakonan yang luar biasa.

 

 

IMG 7363

Salah satu faktor yang paling ditonjolkan ialah ekspresi dan mata Jang Da Ah yang benar-benar memancarkan kegilaan watak yang dilakonkannya.

 

 

Jang da ah

Jang Da Ah dianggap berjaya menghidupkan watak asal Webtoon Baek Ha Rin yang berwajah seperti puteri tetapi tingkah lakunya membuatkan anda mengusap dada.

 

 

IMG 7365

Dengan gabungan visual dan kemahiran lakonan yang mantap, tidak hairanlah Jang Da Ah dipilih sebagai watak utama dalam ‘PYRAMID GAME’.

Adakah anda bersetuju? Sudahkah anda tonton drama PYRAMID GAME ini? Jika belum, pastikan anda tonton dan strim di Viu sekarang!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Ryu Da In Mangsa Buli dalam Kdrama Pyramid Game
Baca juga: Siri Psikologi dan Survival “Pyramid Game”, Kdrama Adaptasi Webtoon Terbaru di Viu