Home Business Syarikat Internet Korea Selatan Saman Netflix Selepas ‘Squid Game’ Jadi Fenomena

Syarikat Internet Korea Selatan Saman Netflix Selepas ‘Squid Game’ Jadi Fenomena

0

Drama Korea ‘Squid Game’ menjadi hit di seluruh dunia sejak ditayangkan pada 17 September lalu di perkhidmatan penstriman digital, Netflix.

Sayangnya, popularitinya membawa kepada masalah dengan penyedia perkhidmatan Internet di Korea Selatan, SK Broadband.

Menerusi laporan Reuters, SK Broadband kini sedang menyaman Netflix untuk membayar kos “kenaikan trafik dan kerja penyelenggaraan rangkaian” disebabkan terlalu ramai penonton yang menonton rancangan tersebut di platform itu.

SK Broadband mendedahkan bahawa trafik rangkaian Netflix telah meningkat kali ganda sejak tahun 2018, disebabkan oleh populariti drama Korea ‘Squid Game’ dan ‘D.P’.

Syarikat tersebut turut mendakwa bahawa Netflix merupakan penjana data trafik kedua terbesar di negara K-pop itu selepas YouTube namun kedua-dua syarikat gergasi itu tak dikenakan bayaran network usage, tidak seperti Amazon, Apple dan Facebook yang rajin bayar.

Bagaimanapun Netflix respons dengan berkongsi rancangannya untuk “mengkaji tuntutan dan berdialog dengan SK Broadband serta mencari jalan untuk bekerja dengan syarikat berkenaan bagi memastikan tidak menjejaskan penggunaan pelanggan.”

Sumber: Reuters