Pada awal tahun 2000-an, Korea Selatan pernah ada TV Show popular bertajuk ‘Carries The Love’ untuk satukan semula selebriti dengan rakan, kekasih, crush atau kenalan dari masa lalu.

Pelakon Gong Yoo pernah muncul dalam episod pada tahun 2002 untuk mencari cinta pertamanya semasa sekolah menengah.

unnamed 14

Dia jatuh cinta pada pandangan pertama dengan gadis tu dan cuba call dari pondok telefon (tak tahu mana dapat nombor telefon tu).

Gong Yoo pernah hambat seorang lelaki yang kacau gadis tu dan cuba cantas si ‘bunga’ idamannya.

Lama kelamaan hero Goblin tu lost contact dengan gadis itu tanpa sempat luah perasaan.

Suatu hari, dia terserempak dengannya semasa jalan-jalan tapi crush dia dah couple dengan orang lain. Siapa? Dengan lelaki yang Gong Yoo suruh ‘pergi main jauh-jauh, jangan kacau bakal makwe aku’ dulu tu.

Beberapa tahun kemudian, wanita yang diminatinya itu muncul lagi dalam hidupnya dalam TV Show tu dan Gong Yoo tak boleh sorok senyumannya bila nampak dia.

unnamed 16

Wanita itu jelaskan yang dia rasa Gong Yoo memang lelaki baik, tapi dia tak ada niat nak dating dan rasa macam minat Gong Yoo terhadapnya cuma sementara jadi dia tak ambil serius bila orang kata lelaki itu syok kat dia.

unnamed 15

Dan happy ending masih tak berpihak kepada cerita cinta Gong Yoo sebab wanita berkenaan sudah berpunya.

unnamed 17

Tak apalah, ramai lagi perempuan yang sanggup beratur macam keretapi ke Busan untuk dapatkan cinta Gong Yoo.

Sumber: Koreaboo

Previous article[GAMBAR] Peminat Buat Fan Art Untuk Bayangkan Bagaimana Kalau BTS Masuk ‘Squid Game’
Next articleSyarikat Internet Korea Selatan Saman Netflix Selepas ‘Squid Game’ Jadi Fenomena