Home Design Pakar Dedah Punca Sebenar Bangunan SM Entertainment Bergegar

Pakar Dedah Punca Sebenar Bangunan SM Entertainment Bergegar

0

Pada bulan Januari lalu, kecoh satu bangunan Acro Seoul Forest apabila penghuninya mengadu dan melaporkan pada bomba berlaku gegaran di bangunan itu.

Bangunan di Seoul itu menempatkan syarikat ternama termasuk SM Entertainment, Hyundai Glovis dan SoCar.

Ketika itu, beberapa orang pekerja syarikat mendakwa mereka menyaksikan gegaran, kebocoran air di siling, bunyi angin kuat, retakan tingkap dan banyak lagi.

Sebagai langkah keselamatan dan mencari puncanya, pemilik bangunan berkenaan iaitu LB Asset Management, meminta Institut Senibina Korea (AIK) melakukan analisis secara rasmi. 

Selepas dua bulan penyiasatan, pakar membuat kesimpulan bahawa gegaran di bangunan SM Entertainment bukan disebabkan oleh daya luar seperti angin kencang, gempa bumi, atau pembinaan berdekatan.

Siasatan menunjukkan puncanya adalah aktiviti penghuni di dalam bangunan berkenaan. 

Pasukan penyiasat AIK, yang diketuai oleh Profesor Lee Sang-hyun dari Universiti Dankook yang mengetuai pasukan penyelidik AIK menyimpulkan punca utama gegaran itu berlaku adalah ‘’peningkatan amplitud yang disebabkan oleh pergerakan kumpulan yang berulang.”

IMG 20220506 130333 066

Aktiviti getaran paling kuat berlaku di tingkat 9 dan 10 bangunan tersebut; di mana terletaknya bilik latihan artis SM Entertainment.

AIK menyatakan melalui laporan, “Gegaran itu disebabkan oleh artis atau pelatih SM Entertainment yang melakukan koreografi yang sekata, menyebabkan kesan resonans yang tidak diingini di seluruh bangunan.”

Walaupun bangunan itu stabil, pasukan penyiasat menasihatkan pemiliknya supaya memasang peranti yang boleh mengawal getaran besar di dalam bangunan.