Home Travel Rumah Lama Song Joong Ki Kini Jadi Muzium, Gambar Bekas Isteri Masih...

Rumah Lama Song Joong Ki Kini Jadi Muzium, Gambar Bekas Isteri Masih Tersimpan

0

Pada tahun 2016, nama Song Joong Ki meroket naik setelah membintangi drama Korea popular, Descendants of the Sun. 

Di set penggambaran drama itulah dia jatuh hati pada heroin drama tersebut, aktres jelita Song Hye Kyo dan menyambung kisah cinta di luar skrin sehingga ke gerbang perkahwinan pada 2017.

Namun penamat menggembirakan persis kisah dongeng tidak berpihak kepada mereka apabila pasangan tersebut bercerai dua tahun kemudian. 

Meskipun pernah gagal dalam perkahwinan dan cerita peribadinya diketahui umum, aktor ini tetap rileks dan mara membina karier sehingga menjadi Song Joong Ki yang kita kenal pada hari ini. 

Pelakon ini sungguh popular sampai rumahnya semasa zaman kanak-kanak di pekan kecil Daejeon kini menjadi kunjungan pelancong.

IMG 20220506 114611 751

Walaupun tidak lagi tinggal di situ, bapa Joong Ki menukarkan rumah itu menjadi muzium pelakon itu, mempamerkan hadiah-hadiah, memorabilia, poster-poster dan barang-barang produksi dalam drama dan filem lakonannya. 

IMG 20220506 114609 609

Tempat itu dibuka kepada umum, dan pernah ditutup buat seketika. Baru-baru ini, seorang netizen berkongsi gambarnya melawat rumah tersebut. 

Mungkin itu hari bertuahnya kerana bukan sahaja pintu rumah itu terbuka, malah bapa Joong Ki sendiri berada di sana dan menawarkan untuk jadi ‘pemandu pelancong’ membawanya menjelajah rumah berkenaan. 

Sementara tengok sana sini, netizen tersebut ternampak sekeping gambar Joong Ki dan Hye Kyo.

IMG 20220506 114606 691

Itu adalah foto daripada adegan paling klasik dalam Descendants of the Sun, di mana mereka bertentang mata setelah mengikat tali kasut. 

IMG 20220506 114602 999

Netizen kata dia terkejut melihat foto itu sebab bapa Joong Ki dilaporkan membuang semua jejak-jejak Descendants Of The Sun dan bekas menantunya selepas keluar berita mereka bercerai. 

Joong Ki memfailkan perceraian pada 2019 tanpa mendedahkan punca sebenarnya, hanya menyatakan dia berharap dapat ‘bercerai secara baik’. Manakala kenyataan rasmi daripada pihak Hye Kyo kata perkahwinan berakhir kerana ‘perbezaan personaliti’. 

Sumber: [1]