Home News “Son Ye Jin Sorok Baby Bump?”, Netizen Syak Son Ye Jin Dan...

“Son Ye Jin Sorok Baby Bump?”, Netizen Syak Son Ye Jin Dan Hyun Bin Kini Sedang Mengandungkan Anak Pertama.

0

Selepas berbulan madu di AS, Hyun Bin dan Son Ye Jin baru-baru ini telah selamat sampai ke Korea. Bagaimanapun, netizen curiga dengan tindakan pasangan itu di lapangan terbang, malah ada yang membuat kesimpulan bahawa mereka sedang mengandung anak pertama.

Yang pertama, netizen perasan bahawa pakaian Son Ye Jin ketika ingin berlepas ke AS agak fit dan menampakkan tubuh badannya. Bagaimanpun, ketika mereka pulang ke Korea, pelakon itu tampil dengan pakaian yang bersaiz besar dan dia memakai kasut sukan.

77556

Ketika ingin pergi ke AS

 

hyun bin son ye jin030042022 6

Selepas tiba di Korea

Ini telah membuatkan ramai yang percaya bahawa Son Ye Jin sedang menyembunyikan susuk tubuhnya dan mungkin ‘baby bump’.

Selain itu, Son Ye Jin juga baru-baru ini telah menolak tawaran berlakon sehingga menimbulkan syak wasangka bahawa dia kini sedang menjaga kesihatannya demi menyambut kehadiran si anak.

Ramai peminat percaya bahawa pelakon itu sengaja berpakaian sedemikian untuk menyembunyikan baby bumpnya. Hyun Bin, yang ‘protective’, telah memberi isyarat kepada wartawan agar berhenti mengambil gambar isterinya.

hyun bin son ye jin 02052022 6

Tindakan Hyun Bin di lapangan terbang juga menarik perhatian ramai. Apabila peminat dan wartawan menghampiri, pelakon itu memeluk isterinya untuk menghalang orang ramai daripada menyentuhnya.

Hyun Bin juga mengikuti Son Ye Jin dengan rapat dan mencuit isterinya untuk memberitahu bahawa dia ada untuknya. Pada masa tersebut, Hyun Bin benar-benar kelihatan seperti bapa yang garang terhadap isteri dan anaknya.

Artikel Berkaitan: “Buat-Buat Je Lah Tak Kenal”, Ramai Peminat Kesal Dengan ‘Stalker’ Hyun Bin Dan Son Ye Jin Di Los Angeles

hyun bin son ye jin 02052022 2

Pelakon itu juga melakukan perkara yang sama ketika pertama kali tiba di AS. Semasa menunggu kereta mereka, Hyun Bin menarik Son Ye Jin ke sisinya untuk mengelak kenderaan dan orang ramai.

Dia juga menolak orang bagi pihak isterinya dan memastikan Ye Jin selamat. Dengan semua ini, Hyun Bin benar-benar menjadi seorang suami yang ideal dan akan jadi ayah yang baik untuk anak-anak.