Baru-baru ini YouTube saluran rasmi Tving memuatnaik video iklan drama ‘Monstrous’ berbentuk 3D di skrin COEX K-Pop Square, Gangnam.
Video dimulakan dengan muzik seram dan suara gagak bagi menyerlahkan aura gelap. Kemudian muncul susuk tubuh aktor Gu Gwan Ha dalam keadaan menyeramkan, terjenguk-jenguk kepalanya sampai ke luar skrin.
![[Video] Iklan 3D Drama Monstrous 'Merasuk' Kota Gangnam 1 IMG 20220408 134344 621](https://www.daebaking.co/wp-content/uploads/2022/04/IMG_20220408_134344_621.jpg)
Manakala di suatu bahagian lain pula, iaitu simpang POSCO, Gangnam, kepala Gwan Ha sekali lagi kelihatan terjulur keluar tengok bas lalu sebelum memandang depan.
![[Video] Iklan 3D Drama Monstrous 'Merasuk' Kota Gangnam 2 IMG 20220408 134349 912](https://www.daebaking.co/wp-content/uploads/2022/04/IMG_20220408_134349_912.jpg)
‘Monstrous’ mengisahkan sekumpulan ahli arkeologi yang mengalami insiden aneh. Sebuah kampung menjadi huru-hara ekoran penemuan sebuah artifak misteri dan berlaku peristiwa yang menyeramkan.
Drama ini dibintangi oleh Gu Gwan-hwa yang memainkan peranan sebagai Jeong Ki-hoon, seorang ahli arkeologi pelik yang mengkaji fenomena aneh dan luar biasa. Dia mengendalikan majalah macam mastika dan saluran YouTube ‘Cerita Hantu Bulanan’.


![[Foto] Ini Rupa Watak-watak Cerita Harry Potter Jika Mengikut Gambaran Buku](https://www.daebaking.co/wp-content/uploads/2022/05/3333.jpg)





