Home Entertainment Belum Debut Lagi, Kim Garam LE SSERAFIM Dah Timbulkan Dua Kontroversi Panas

Belum Debut Lagi, Kim Garam LE SSERAFIM Dah Timbulkan Dua Kontroversi Panas

0

Pastinya peminat K-Pop sudah mendengar ura-ura bahawa kumpulan penyanyi wanita baharu LE SSERAFIM akan ditubuhkan tidak lama lagi. LE SSERAFIM ialah kumpulan penyanyi wanita terdiri daripada 6 ahli yang ditubuhkan oleh HYBE dan Source Music.

Agensi itu mengumpulkan ahli dan pelatih dari IZ*ONE daripada rancangan realiti dan label lain. Ahli-ahli kumpulan ini terdiri daripada Sakura, Garam, Eunchae, Chaewon, Yunjin, dan 2 ahli yang masih belum didedahkan. LE SSERAFIM disahkan akan didebut pada Mei tahun ini.

Le Sserafim Kim Garam 0704229

Namun, timbul satu kontroversi bahawa salah seorang ahli daripada kumpulan baharu ini merupakan seorang kaki buli. Kontroversi ini sememangnya telah meninggalkan satu kesan yang tidak baik untuk kumpulan yang belum pun menapak dalam industri muzik K-Pop.

Kim Garam dituduh sebagai seorang kaki buli akibat tersebar satu gambar di mana dia bergambar bersama latar belakang papan hitam yang terdapat beberapa lukisan seksual dan jelas ianya kurang sopan untuk dirinya sebagai seorang pelajar.

Walaubagaimanapun, dalam satu kenyataan rasmi yang telah dimuat naik oleh Source music di akaun rasmi Twitter mereka, HYBE tampil dan berkongsi hasil siasatan yang dijalankan dan menafikan tuduhan tersebut.

Selain itu, Kim Garam juga telah berdepan dengan kontroversi menjalani pembedahan plastik sebelum menjadi idol.

Le Sserafim Kim Garam 0704228

Le Sserafim Kim Garam 0704227

Walaupun peminat menganggap dia kelihatan lebih cantik sekarang hanya kerana dia sudah remaja dan hasil solekan, ramai netizen mengesyaki Kim Garam menjalani pembedahan plastik. Namun tiada pengesahan yang dilakukan.

Diharapkan dengan kenyataan yang telah dikeluarkan, kumpulan baharu LE SSERAFIM ini akan debut dengan jayanya dan mampu meraih perhatian peminat K-Pop untuk terus menyokong mereka di masa hadapan

Nantikan debut mereka Mei ini!

Sumber: [1], [2]