Home Entertainment Dikecam Teruk, Dohyun MIRAE Minta Maaf Kerana Mengejek Raut Wajah Billlie Tsuki

Dikecam Teruk, Dohyun MIRAE Minta Maaf Kerana Mengejek Raut Wajah Billlie Tsuki

0

Dohyun MIRAE dikecam kerana meniru mimik muka Billlie Tsuki semasa siaran langsung pada 4 April.

Apabila ahli MIRAE mendengar lagu BILLLIE “GingaMingaYo (The Strange World),” Dohyun (kiri) boleh dilihat menggunakan mimik muka yang keterlaluan sehingga membuat netizen berasa tidak senang.

Semasa kemunculan semula Billie menerusi lagu itu, Tsuki telah menjadi viral dan menerima hampir 3 juta tontonan setakat ini untuk ekspresi wajahnya yang unik itu.

Apabila melihat vlive MIRAE tersebut, jelaslah bahawa Dohyun telah meniru mimik muka Tsuki.

Dua hari kemudian, dia mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas tindakannya itu.

 “Helo, ini MIRAE Dohyun. Saya ingin memohon maaf atas apa yang berlaku di dalam VLIVE pada 4 April lalu. Pertama sekali, saya ingin merakamkan permohonan maaf yang sedalam-dalamnya kepada Billlie.

Saya minta maaf juga kepada orang yang menonton dan berasa tidak selesa menonton video tersebut. Saya telah menyampaikan permohonan maaf saya kepada Billlie melalui pengurusan kami dan saya sendiri ingin meminta maaf kepada mereka sendiri.

Saya minta maaf atas tindakan terburu-buru saya. Saya akan bekerja lebih keras dan lebih berhati-hati mulai sekarang. Saya akan menerima kritikan anda untuk saya, yang masih banyak kekurangan. Sekali lagi, saya minta maaf.”

Selain itu, Dohyun muncul dalam siaran langsung untuk mengeluarkan permohonan maafnya secara lisan.

Baca lagi: Bekas Artis K-Pop Ini Mengaku Hidupnya Kini Susah Kerana Skandal Masa Silam

Baca lagi: “Tiada Lagi ‘Makcik’ Song Ji Hyo”, Song Ji Hyo Mengaku Sedang Berusaha Mengubah Hal Ini

Sumber: [1]