Home Entertainment Dikatakan Sudah Bercinta 5 Tahun, Ahn Hyo Seop Tidak Mungkin Bercinta Dengan...

Dikatakan Sudah Bercinta 5 Tahun, Ahn Hyo Seop Tidak Mungkin Bercinta Dengan Kim Sejong

0

Pelakon kacak dan tinggi lampai, Ahn Hyo-seop menjadi sorotan peminat berikutan kehangatan drama lakonannya, A Business Proposal yang sedang menemui penonton.

Memegang watak sebagai seorang CEO muda bernama Kang Tae-mu, Hyo-seop digandingkan dengan aktres jelita, Kim Se-jeong sebagai pasangan kekasih.

00417898

Keserasian mereka dalam drama berkenaan menuai harapan peminat agar kedua-duanya benar-benar menjalin cinta dalam dunia realiti.

Bagaimanapun, nampaknya hasrat peminat tidak akan menjadi kenyataan apabila tersebarnya dakwaan bahawa Hyo-seop sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati.

Seperti diberitakan banyak media Korea Selatan, aktor berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menjalin cinta dengan pelakon cantik, Park Ji-hyun.

Park Ji Hyun Ahn Hyo Seop 050422

Netizen telah menemui bukti yang Ahn Hyo Seop dan Park Ji Hyun telah meluangkan masa bersama pada awal tahun ini kerana mereka telah berkongsi gambar periuk tembikar yang serupa.

Baca lagi: 3 Syarikat Yang Untung Hasil Daripada Drama Business Proposal

Baca lagi: Terdapat Beberapa Persamaan Di Antara ‘A Business Proposal’ Dan Drama Hit Yang Sebelum Ini

1649233331 20220406 ahnhyhoseop1

Park Ji Hyun juga dikatakan telah menyiarkan gambar dirinya dengan memakai cermin mata hitam, dan terlihat pantulan bayang seorang di kantanya.

Terdapat spekulasi mengatakan bahawa Ahn Hyo Seop dan Park Ji Hyun semakin rapat selepas bekerja sebagai model untuk jenama pakaian Edwin pada September 2017 hingga Jun 2018.

Apa pendapat anda tentang khabar angin itu?

Sumber: [1], [2]