Home Business 3 Syarikat Yang Untung Hasil Daripada Drama Business Proposal

3 Syarikat Yang Untung Hasil Daripada Drama Business Proposal

0

Saya teringat satu kata-kata ni, “Apa-apa karya yang dihasilkan sebenarnya adalah harta.”

‘Business Proposal’ adalah drama Korea yang sedang trending dan hit ketika artikel ini ditulis. Dalam masa singkat, ia mendapat respons positif bukan sahaja di Korea tetapi juga global.

Menurut laman Naver, drama ‘Business Proposal’ ini dinilai sebagai berjaya dari segi harta intelek (IP) dan berikut 3 syarikat yang turut mendapat tempias kejayaan tersebut:

#1 Netflix

Netflix telah stream drama ini sejak 28 Februari lalu. Dengan 10 episod yang ditayangkan setakat ini, menjadikan Isnin merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu ramai dan pengubat sindrom ‘Monday blues’.

b

c

Menurut laporan FlixPatrol, drama ini ‘sapu’ bersih tempat teratas di 21 buah negara dan menduduki kedudukan tempat pertama untuk kategori drama bukan bahasa Inggeris semasa minggu ketiga dan keempat dalam carta Top 10 Netflix.

#2 Kakao Entertainment

Apabila drama ini popular di peringkat global menerusi Netflix, peminat dari pelbagai negara turut serbu webtoon Kakao dan platform web novel Kakao Page untuk membaca webtoon dan web novel yang diadaptasi ke drama tersebut.

d

Menurut Kakao Entertainment, siri webtoon ‘Business Proposal’ sebenarnya telah lama tamat, tetapi terbit semula untuk tatapan peminat semasa tayangan drama. Kini syarikat tersebut ‘mengikat’ para peminat dari serata negara menerusi penterjemahan.

Di Thailand, jumlah bacaan webtoom ini meningkat 10 kali ganda berbanding sebelum penyiaran drama berkenaan dan 13 kali ganda di Indonesia dan Taiwan, menjadikannya nombor satu karya webtoon yang paling ramai dibaca.

Manakala di Jepun, hasil jualan Piccoma, syarikat penyedia webtoon dan web novel kendalian Kakao Japan turut berganda terkena penangan drama tersebut.

#3 Cross Pictures

Cross Pictures, syarikat yang terlibat dalam drama ini turut mendapat spotlight. Kakao Page melabur sebanyak 5.8 billion KRW (~4.8 million USD) pada 2020 untuk memiliki aset saham 49%.

e

Sinergi antara Kakao dan Cross Pictures menunjukkan kesan positif setelah kedua-dua syarikat tersebut berkolaborasi untuk menghasilkan drama tersebut yang dihasilkan selepas setahun enam bulan bekerjasama.