Home Entertainment “Mereka Lempar Botol Air Kencing Pada Anak-anak Saya.”- Cabaran Hidup Kembar Triplet...

“Mereka Lempar Botol Air Kencing Pada Anak-anak Saya.”- Cabaran Hidup Kembar Triplet Song Di Perancis

0

Pada tiga tahun lepas, aktor Song Il Kook membuka cerita bagaimana anak kembar tiga lelakinya- Daehan, Minguk dan Manse berhadapan dengan pengalaman rasis ketika berada di Perancis.

Dalam satu temu bual dengan media Korea, Song Il Kook berkongsi pengalaman sewaktu membawa keluarganya menetap di Perancis selama setahun.

4

“Macam-macam perkara kami lalui di sana.  Sesetengah orang memaki hamun kami di jalan hanya kerana kami orang Asia.” Song Il Kook.

“Pernah sekali, Daehan, Minguk dan Manse tengah bermain di taman permainan. Ada orang membaling botol air kencing ke arah mereka. Saya sangat kecewa. Segala sumpah seranah keluar dari mulut saya ketika itu.” sambungnya lagi.

2 1

Meskipun menghadapi masa sukar di negara orang, Song Il Kook tetap positif dengan ideanya yang membawa kembar tiga itu ke Perancis.

“Selepas muncul dalam ‘The Return of Superman’, ramai orang mengenali anak-anak saya. Jadi saya rasa adalah lebih baik mereka berehat sebentar daripada perhatian orang ramai buat seketika.” kata aktor itu lagi.

Kembar tiga itu pernah menyertai rancangan realiti TV KBS ‘The Return of Superman’ dari 2014 hingga 2016.

Pada 2019, Daehan, Minguk, dan Manse kembali ke Korea dari Perancis.

Sumber: [1]