Peminat Kim Seon-ho bersemangat tunggu ketibaan aktor Korea di Bangkok, malah terdapat beberapa peminat tegar membeli ruang iklan di belakang 100 kenderaan pengangkutan ikonik Thailand, Tuk-tuk bagi mengalu-alukan kedatangannya.

Menurut Facebook Page Thailand My Kim Seon Ho, Tuk-tuk dengan iklan terpampang foto aktor tersebut berserta mesej akan berkeliaran di jalanan Bangkok sepanjang bulan ini.

Dalam masa sejam, persatuan peminatnya berjaya mengumpul dana sebanyak 150,000 baht untuk kempen iklan tersebut untuk beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 6 petang.

“Bagi mengucapkan selamat datang kepada Kim Seon Ho atas lawatan pertamanya ke Thailand, kami akan letak iklan di 100 tuk-tuk esok.” kata admin page Facebook berkenaan.

Kim amat popular kerana peranannya dalam drama Hometown Cha-cha-cha, bergandingan dengan aktres Shin Min Ah.

Tanda pagar #KimSeonHo pernah jadi top trending di Twitter setelah selebriti itu dijumpai di lapangan terbang Suvarnabhumi dan fotonya tular di media sosial.

Peminatnya berspekulasi kemungkinan dia berada di sana untuk penggambaran kerana dilihat bersama tim produksi filem ‘Sad Tropics’ di lapangan terbang.

“Memandangkan anda sudah berada di sini, jangan lupa naik tuk-tuk.” kata admin page itu lagi supaya aktor itu mencuba pengangkutan awam paling terkenal untuk pelancong di negara Gajah Putih.

Sumber: 1

Previous articleYakin Dengan Rupa Yang Kacak, Nam Joo Hyuk Mengaku Sering Melakukan Hal Yang Memalukan Ini Di Zaman Kanak-Kanaknya
Next article“Mereka Lempar Botol Air Kencing Pada Anak-anak Saya.”- Cabaran Hidup Kembar Triplet Song Di Perancis