Home Entertainment Tidak Diundang, Bintang Running Man Ini Tetap Muncul Di Tempat Majlis Kahwin...

Tidak Diundang, Bintang Running Man Ini Tetap Muncul Di Tempat Majlis Kahwin BinJin

0

Bintang Running Man, Ji Suk Jin muncul di hadapan hotel tempat Hyun Bin dan Son Ye-jin melangsungkan perkahwinan, tetapi bukan sebagai tetamu undangan, lapor Wikitree.

Pasangan selebriti, Hyun Bin dan Son Ye-jin mengadakan perkahwinan secara tertutup dan outdoor di Aston House, Hotel Grand Walkerhill di Gwangjin-gu, Seoul. Mereka hanya mengajak keluarga dan kenalan rapat pada kedua-dua belah pihak.

lnh

Baca lagi: Perbualan Hyun Bin Dengan Bapa Mentuanya Menyentuh Hati Netizen

Baca lagi: Gara-Gara Melakukan Hal Ini Di Majlis Perkahwinan Hyun Bin Dan Ye Jin, Gong Hyo Jin Akan Berdepan Dengan Nasib Buruk?

Di tengah-tengah kemeriahan suasana ‘Wedding of the Century’ itu, susuk tubuh Ji Suk-jin di hadapan dewan perkahwinan yang paling mencuri perhatian.

Pada 1 April, YTN Star melaporkan bahawa mereka bertemu Ji Suk-jin di hadapan dewan perkahwinan Hyun Bin dan Son Ye-jin.

Kata media itu lagi, “Ji Suk Jin dan Park Joon-hyung adalah manusia terawal yang para wartawan jumpa di Hotel Grand Walkerhill, lokasi perkahwinan Hyun Bin dan Son Ye-jin. Para wartawan tunggu di situ sejak awal pagi. Menyangka kedua-dua selebriti itu adalah tetamu majlis, mereka terus dikejar wartawan.

Bagaimanapun, Ji Suk Jin dan Park Joong-hyung tidak mengunjungi lokasi tersebut sebagai tetamu sebaliknya ada kerja di situ.

“Telah disahkan bahawa kedua-duanya berkunjung ke hotel berkenaan bagi menghadiri penggambaran program hiburan baharu tvN STORY ‘Anti-Ageym’.

“Ini hanya kebetulan. Kata Ji Suk Jin kepada wartawan, ‘Dengan seikhlas hati, saya mengucapkan tahniah kepada Hyun Bin dan Son Ye Jin atas perkahwinan mereka”. lapor YTN lagi.

lffd

Sementara itu, sebelum ini Suk Jin pernah menarik perhatian ramai kerana majlis perkahwinan anak perempuan pelawak Lee Kyung-kyu, Lee Ye-rim baru-baru ini walaupun dia tidak dijemput. Dia kini aktif dalam pelbagai rancangan hiburan, seperti “Running Man” SBS, “Hangout with Yoo” MBC, dan lain-lain.