Semasa episod 15 disiarkan pada 2 April lalu, drama bersiri itu menunjukkan babak di mana pelakon utama lelaki sedang membuat liputan mengenai serangan 9/11 di New York sebagai wartawan secara langsung.

Screenshot 3030

Semasa Yi Jin berada di skrin, pelakon utama perempuan itu dilihat tersenyum kepada teman lelakinya sambil menonton berita, menyatakan betapa dia merindui teman lelakinya di luar negara.

Sejurus selepas tayangan, penonton mengkritik adegan tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi.

2521 911

Beberapa pendapat termasuk: “Pelakon perempuan itu boleh tersenyum kepada pelakon lelaki itu sedangkan dia sedang melaporkan serangan pengganas terhadap orang awam?

Tambahan pula, dia mengatakan bahawa dia sedih kerana hanya boleh mendengar suaranya sahaja. Ia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.”

“Ada mangsa sebenar di dalam serangan ini dan penulis pasti sudah hilang akal untuk menggambarkannya seperti ini.”

“Ini benar-benar tidak masuk akal. Fikirkan tentang perasaan orang Amerika tentang perkara ini. Saya sangat malu.”, “Bagaimanakah tiada seorang pun dalam pasukan produksi itu menganggap ia tidak sesuai?”

e9086643 da50 4737 b224 0ebf36ae9f45 77c965a1

Walaupun ada yang mempertahankan drama itu dengan mengatakan watak utama rancangan itu tidak tersenyum dengan kejadian itu dan ia hanya menunjukkan betapa muda dan tidak matangnya watak utama wanita itu, majoriti penonton mengatakan adegan itu tidak sesuai.

Sumber: [1]

Previous articleTidak Diundang, Bintang Running Man Ini Tetap Muncul Di Tempat Majlis Kahwin BinJin
Next articleGong Hyo Jin Pilih Lelaki Muda 10 Tahun Dan Akan Tamatkan Zaman Bujang Tidak Lama Lagi?