Home Entertainment Gong Hyo Jin Pilih Lelaki Muda 10 Tahun Dan Akan Tamatkan Zaman...

Gong Hyo Jin Pilih Lelaki Muda 10 Tahun Dan Akan Tamatkan Zaman Bujang Tidak Lama Lagi?

0

Mengejutkan tetapi menjadi satu berita yang cukup manis buat peminat setia pelakon cantik Gong Hyo-jin apabila dia disahkan sedang hangat menjalin hubungan cinta.

Menerusi laporan media Korea Selatan, aktres drama Master’s Sun itu dikatakan menjalin cinta dengan penyanyi Kevin Oh sejak dua tahun lalu.

3583197341

Menariknya, usia Kevin jauh lebih muda daripada Hyo-jin yang berusia 42 tahun iaitu perbezaan 10 tahun.

Pasangan itu dilaporkan mula bercinta dalam diam tanpa pernah mendedahkannya kepada umum, namun Hyo-jin pernah memuat naik video nyanyian Kevin menerusi Instagramnya pada Mac 2020.

kevin oh 01042022 3

Sebagai maklum balas terhadap pendedahan tersebut, agensi Hyo-jin menerusi satu kenyataan ringkas mengesahkan pasangan itu bercinta.

Artikel berkaitan: Gara-Gara Melakukan Hal Ini Di Majlis Perkahwinan Hyun Bin Dan Ye Jin, Gong Hyo Jin Akan Berdepan Dengan Nasib Buruk?

Artikel berkaitan: Tidak Diundang, Bintang Running Man Ini Tetap Muncul Di Tempat Majlis Kahwin BinJin

6245cf65e0c4e

Bagaimanapun, agensi tersebut menafikan dakwaan bahawa Hyo-jin dan Kevin akan berkahwin seperti didakwa sesetengah laporan media.

Sukar untuk berkata mengenainya. Kami akan berkongsi sebarang pengumuman jika ada berita gembira pada masa hadapan,” ujarnya.

Untuk info, Kevin merupakan penyanyi yang pernah menjadi juara program Super Star K7 pada 2015.

Sumber: [1]