Home Entertainment 17 Tahun Sudah Berlalu, Para Khabar Para Pelakon ‘My Lovely Sam Soon’?

17 Tahun Sudah Berlalu, Para Khabar Para Pelakon ‘My Lovely Sam Soon’?

0

Masih ingat My Lovely Sam Soon? Drama romantik komedi yang pernah melegenda tahun 2005 ini turut dikenali dengan nama ‘My Name Is Kim Sam Soon.

Kim Sam-soon merupakan seorang wanita yang vokal, menghampiri usia 30-an dan chef pastri cemerlang. Tetapi dia insecure dengan namanya yang klasik dan berat badannya. Selepas putus cinta dan hilang kerja, dia diambil bekerja oleh seorang tauke restoran Perancis kerana bakatnya. Mula-mula mereka bergaduh, berhubungan romantik palsu dan akhirnya bercinta bagai nak rak sampai rak patah.

Baca lagi: Ini Wajah Terkini Hero & Heroin Drama ‘Winter Sonata’ Yang Pernah Jadi Fenomena

Baca lagi: Dua Dekad Sudah Berlalu, Ini Gambar Terkini Pelakon ‘Autumn In My Heart’

Kini setelah 17 tahun berlalu, apa khabar agaknya para pelakon My Lovely Sam Soon sekarang?

#1 Kim Sun Ah

1 3

Lahir pada 1 Oktober 1973, artis berasal dari Daegu, Korea Selatan ini meniti kariernya pada tahun 1998. Namun namanya menjadi fenomena setelah membintangi drama My Lovely Sam Soon. Dia memegang watak Kim Sam Soon, seorang chef pastri yang malu dengan namanya yang kuno.

Alumni Universiti Kyung Hee jurusan teater dan filem ini masih bergiat aktif dalam industri hiburan. Antara drama lain yang dibintangi adalah Secret Boutique dan Fortress of Heaven.

photo996615

 

#2 Hyun Bin

2 2

Dalam drama ini, aktor tampan ini berperanan sebagai Hyun Jin Heon, seorang bos yang sombong dengan kekayaan keluarganya. Dia juga selalu buli Sam Soon namun akhirnya mula menunjukkan sisi rapuh dan romantiknya selepas mereka makin rapat.

Kini nama Hyun Bin tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah terkenal dan terbaru, dia mendirikan rumah tangga dengan Son Ye Jin, heroin dramanya dalam Crash Landing on You (2019).

2b

#3 Jung Ryeo Won

3 1

Artis Jung Ryeo Won memegang watak sebagai Yoo Hee Jin, bekas kekasih Hyun Jin Heon yang baru balik dari Amerika Syarikat. Semasa berlakon dalam My Lovely Sam Soon, Jung Ryeo Won baru berusia 20-an.

Dia kini masih kelihatan awet muda dan cantik meskipun usianya sudah menginjak ke 40-an. Jung Ryeo Won pun masih aktif berlakon. Drama lain yang dibintanginya adalah Wok of Love (2018) dan Diary of a Prosecutor (2019).

3a

#4 Daniel Henney

4 1

Aktor berketurunan Korea-Amerika, Daniel Henney ini melakonkan watak Dr. Henry Kim yang merawat Hee Jin. Daniel Henney merupakan model sekali gus pelakon Korea selatan yang turut masih aktif sehingga kini. Namun kini dia sudah kurang muncul di kaca TV kerana lebih selesa memilih web series atau mini drama.

4a

Sumber: [1]