Home Entertainment Dua Dekad Sudah Berlalu, Ini Gambar Terkini Pelakon ‘Autumn In My Heart’

Dua Dekad Sudah Berlalu, Ini Gambar Terkini Pelakon ‘Autumn In My Heart’

0

Drama Korea ‘Autumn In My Heart’ merupakan salah satu siri TV legenda yang menangkap hati ramai penonton sejak disiarkan pada tahun 2000. Malah tidak mustahil telah membuatkan banyak mata penonton banjir dengan ceritanya yang sedih itu.

Dibintangi Song Hyekyo, Song Seungheon, dan Won Bin sebagai watak utama, ia mengisahkan hubungan adik-beradik di mana apabila meningkat dewasa, mereka mendapat tahu bahawa mereka sebenarnya tiada pertalian darah dan terpaksa berpisah.

Kedua-dua watak ini bertemu kembali setelah bertahun-tahun terpisah dan mula jatuh cinta. Namun begitu, ada watak ketiga yang hadir di mana dia turut jatuh cinta kepada heroin drama ini.

Walaupun sudah 20 tahun berlalu, mereka kelihatan masih muda bagaikan tak pernah dimamah usia sehinggakan penulis turut tertanya-tanya adakah mereka ini sebenarnya vampire?

Berikut gambar terkini para bintang ‘Autumn In My Heart’:

1. Moon Geun Young (Watak Eun Suh Semasa Remaja)

tumblr mtsrc3l9b91rjsmp2o2 500 b572e579754f2a93053c2cdc18319f0e

Moon Geunyoung masih aktif dalam dunia skrin. Pada bulan September tahun lepas, Moon tamatkan kontrak dengan agensi yang sudah bersama selama 16 tahun. Kini, aktres berusia 34 tahun itu mula debut sebagai pengarah filem.

2. Choi Woo Hyuk (Watak Yoon Joon Suh Semasa Remaja)

ckohamv3mt40ma3k

Choi Woohyuk ini antara contoh bak kata orang putih, ‘puberty hit him like a truck’. Masa dia berlakon dulu, umurnya baru 15 tahun. Kemudian dia membesar sebagai seorang pelakon handsome.

Choi Woo Hyuk 1993 P1

3. Won Bin (Watak Han Tae-Seok)

088d784fcdadbc9b26b1dcd0e398f76e4f904885

Won Bin masih aktif dalam industri hiburan, dan wajah tampannya banyak mengindahkan lagi jenama-jenama syarikat termasuk fesyen. Sudah berkahwin dengan Lee Nayoung, namun sahamnya masih tinggi.

4. Song Seun Heon (Watak Yoon Joon Suh Dewasa)

temp ac21d802a8e7ff81b08447fb4e74d220

Seperti rakan seangkatannya yang lain, Seun Heon masih aktif dalam pelbagai projek termasuk drama, filem dan modelling sejak drama ‘Autumn in My Heart’ berakhir.

5. Song Hye Kyo (Watak Eun Suh Dewasa)

sss

Walaupun sudah 20 tahun berlalu, masih cantik dan popular di kalangan peminat. Sejak drama itu, wajahnya banyak menghiasi kaca TV menerusi beberapa projek drama seperti ‘Hotelier,’ ‘Full House,’ ‘That Winter, ‘Wind Blows,’ ‘Descendants of the Sun,’ dan banyak lagi. Projeknya yang terkini adalah ‘Now, We Are Breaking Up’ dan ‘The Glory’.

Sumber: [1],[2],[3]