Kisah Lee Chang-keun

‘Squid Game’, drama survival tentang orang dewasa main permainan kanak-kanak yang brutal bagi langsaikan bebanan hutang dan masalah kewangan ini amat dekat di hati Lee Chang-keun, warga Korea Selatan.

Dia bagaikan ternampak bayangan dirinya dalam Seong Gi-hun, watak utama siri berkenaan yang keluarganya berantakan, bisnes gagal dan masalah judi.

Sebelum itu, Gi-Hun dibuang kerja di kilang kereta ‘Dragon Motors’. Para bekas pekerja bersatu untuk protes kepada pemilik syarikat namun demonstrasi itu berakhir dengan tragedi yang mengorbankan rakan baik protagonis tersebut.

Rakan sekerja Lee, Kim Jeong-wook pula tidak dapat menonton Squid Game selepas episod satu kerana terlalu trauma baginya. Cerita itu juga mengingatkan mereka pada kawan-kawan yang sudah meninggal dunia.

Peristiwa Pedih

Sebenarnya babak rusuhan di ‘Dragon Motors’ itu berdasarkan peristiwa benar yang berlaku di tempat kerja mereka, SsangYong Motors yang menghadapi masalah kewangan.

Lantaran itu, 2,600 pekerja lain termasuk Lee diberhentikan sementara syarikat berkenaan memfailkan perlindungan bankrap pada tahun 2009.

Lee menyertai ratusan pekerja memenuhi loji Ssangyong untuk bantah pemecatan itu sebelum cuba disuraikan oleh polis yang memukul mereka dengan cota, guna meriam air untuk sembur dan menjatuhkan gas pemedih mata dari helikopter.

Laporan yang dikeluarkan oleh penyelidik perubatan Universiti Korea pada tahun 2016 mengatakan sekurang-kurangnya 28 pekerja Ssangyong yang diberhentikan atau keluarga mereka terkesan seperti masalah kesihatan termasuk mental dan ada yang meninggal bunuh diri.

Penulis ‘Squid Game’ mendedahkan watak dalam fiksyen tersebut turut berdasarkan orang sebenar.

Katanya kepada akhbar Korea Selatan, ‘The Hankyoreh’, “Saya nak jelmakan watak yang boleh mewakili orang-orang ini. Ini apa yang saya boleh lakukan sebagai seorang seniman.”

Sumber: [1],[2],[3]

Previous articleDua Dekad Sudah Berlalu, Ini Gambar Terkini Pelakon ‘Autumn In My Heart’
Next article“Malu malu kucing..” – Ma Dong Seok tak sangka Angelina Jolie mengaku peminatnya