Home News “Malu malu kucing..” – Ma Dong Seok tak sangka Angelina Jolie mengaku...

“Malu malu kucing..” – Ma Dong Seok tak sangka Angelina Jolie mengaku peminatnya

0

Bekerjasama dengan aktress popular Hollywood, Angelina Jolie dalam filem Marvel berjudul The Eternals, aktor Korea terkenal Ma Dong Seok memuji sikap aktres tersebut.

Memetik laporan Soompi, Ma Dong Seok mendedahkan Angelina sentiasa mengutamakan orang lain sepanjang penggambaran filem tersebut.

fef

“Angelina seorang pelakon yang luar biasa. Dia juga seorang yang sangat baik. Dia sentiasa memberi perhatian terhadap orang lain.

“Dia juga akan memastikan semua pelakon dalam keadaan selesa. Saya sudah lama berada di industri ini dan Angelina pelakon antarabangsa.

“Tapi saya rasa macam kami sudah lama berkawan dan bekerjasama untuk kali pertama setelah sekian lama,” katanya.

Dalam pada itu, Ma Dong Seok turut meluahkan rasa teruja dan gembira apabila Angelina mengakui dia merupakan salah seorang peminatnya.

“Semasa tayangan perdana filem The Eternals, Angelina Jolie yang sedang ditemuramah wartawan, dengan selamba membiarkan wartawan tu tercongok begitu je kena sidai sebab Angie nak sapa Ma Dong Seok..” 

54dd

“Saya sangat bersyukur kerana Angelina Jolie memberitahu saya bahawa dia telah melihat karya-karya saya sebelum ini dan dia juga peminat saya.

“Saya rasa kami mempunyai keserasian dalam lakonan,” ujarnya.

Sumber: [1], [2]