Home Travel 5 Aktiviti Ekstrem ‘Running Man’ Yang Mengepam Adrenaline

5 Aktiviti Ekstrem ‘Running Man’ Yang Mengepam Adrenaline

0

Running Man tidak perlu diperkenalkan lagi kerana memang sudah terkenal dan lebih sedekad menggeletek perut penonton dengan aneka ragam member-membernya.

Selain itu, tim produksi memberi pelbagai misi menarik kepada peserta. Malah ada yang ekstrem misalnya 5 aktiviti di bawah:

1. Bungee Jumping

Dalam episod Running Man ke-133, Song Ji Hyo buat bungee jumping dari Macau Tower yang memiliki ketinggian 338 meter.

Ji Hyo yang berani itu nampak bahagia sangat semasa melompat ke udara dari ketinggian manakala Suk Jin dan Haha cuak ketakutan.

2. Screaming Condor

Untuk episod ke-212, member Running Man dan guest, Ji Chang Wook dihukum sebab kalah dalam misi.

Hukumannya adalah kena naik screaming condor di Leovoo Village Theme Park, Taiwan. Berbeza dengan roller-coaster, screaming condor berbentuk setengah lingkaran dengan hujung landasan lurus dan sedikit belok.

3. Kereta Gantung Tradisional

Bermula dari episod 369 hingga 371, Running Man pilih lokasi penggambaran di Pantai Timang, Gunung Kidul, Yogyakarta.

Kwang Soo dan So Min yang kalah dalam misi kena seberang dari daratan utama ke pulau kecil naik kereta gantung tradisional yang biasa digunakan oleh nelayan tempatan.

Kwang Soo dan So Min takut gila masa tu lebih-lebih lagi bila ombak besar dekat dengan diaorang. Malah dikatakan salah satu kamera sampai terlempar jatuh ke laut disapu ombak.

4. Crocodile Cage

Aktiviti ekstrem seterusnya adalah crocodile cage yang terletak di Darwin, Australia. Kwang Soo kena masuk sorang-sorang ke dalam sangkar kaca sebelum diturunkan perlahan-lahan di dalam kolam buaya.

Misinya adalah dia perlu cium buaya dari dalam sangkar. Mula-mula memang takut sebab buaya tu besar sangat tapi dia survive juga.

5.  Zipline

Cabaran berikutnya adalah zipline di Korea Selatan. Member bertuah yang wajib naik zipline terpanjang di Asia ini adalah Haha.

Terletak di Jeon Seon County Zipwire, ia memiliki landasan sepanjang 118, 272 meter. Dari atas, boleh menikmati pemandangan lembah, sungai, dan gunung yang indah.

Sumber: [1]