Home Entertainment Lee Seung-gi Bergelut Dengan Masalah Mental

Lee Seung-gi Bergelut Dengan Masalah Mental

0

Isu mental tidak mengenal siapa, waima selebriti turut tidak terlepas. Baru-baru ini pelakon popular Lee Seung-gi terbuka meluahkan tentang masalah mental yang dihidapinya termasuk pernah mendapatkan rawatan psikiatri.

Perkara ini didedahkannya ketika muncul dalam program Master In The House yang menampilkan tetamu undangan iaitu doktor psikiatri, Dr. Oh Eun-young.

Memetik laporan Kosmo, katanya pernah menerima rawatan psikiatri sebelum ini.

“Fikiran saya agak bercelaru sehingga mengalami beberapa simptom. Kejadian berlaku sebelum saya menyertai latihan ketenteraan, ketika saya berusia 29 tahun.

“Memasuki 30 tahun, saya mula berasa sakit. Walaupun sudah pergi ke klinik tradisional dan melakukan imbasan MRI di hospital, mereka kata tiada apa-apa, tapi saya rasa sakit,” ceritanya.

Dia disyaki mengidap gangguan kebimbangan dan dinasihatkan bertemu pakar.

“Berjumpa psikiatri tak sama seperti mendapatkan rawatan di hospital atau klinik. Saya susah meluahkan apa yang dirasa.

“Saya tak rasa itu sisi buruk dalam diri saya. Tapi adakalanya saya rasa resah sehingga sukar berkata tidak kepada orang lain,” ujarnya.