Home Entertainment 5 Bintang Korea Yang Ada Sijil Unik, Termasuk Origami Dan Terapi Ketawa

5 Bintang Korea Yang Ada Sijil Unik, Termasuk Origami Dan Terapi Ketawa

0

Selain berlakon, menari dan menyanyi, berikut kemahiran dan sijil lain yang terpendam dalam 5 orang selebriti Korea Selatan di bawah:

1. Seo Ye-ji: Origami, Pendidikan Seks Dan Seni Belon

Bintang K-Drama ‘It’s Okay to Not Be Okay’ ini mempunyai 8 sijil dalam pelbagai kemahiran seperti pendidikan seks, origami dan seni belon.

Menurut SCMP, aktres tersebut ambil sijil pendidikan seks sebab dia nak educate dirinya dan kalau ada anak suatu hari nanti, nak didiknya tentang benda tu dengan cara yang lebih sihat.

Untuk origami pula, itu hobi Seo sejak dulu. Setiap kali rasa stress, dia akan lipat segala masalah dan kebimbangannya ke dalam bentuk ros.

2. Solar Mamamoo: Terapi Ketawa Dan Rekreasi

Ketua kumpulan Mamamoo, Solar ada 3 sijil yang membawa kegembiraan iaitu rekreasi, kepimpinan dan terapi ketawa.

Semasa muncul dalam rancangan ‘My Little Television’, Solar kata kelas tu tak lama pun dan boleh habis dalam masa beberapa jam saja.

3. Kim Tae Hee- Selaman Skuba

Sementara selebriti lain dapatkan sijil kemahiran untuk hobi atau perkembangan diri, Kim ada sebab lain kenapa dia nak dapatkan sijil selaman skuba.

Isteri legenda K-pop ini mula takut air selepas terjatuh di dalamnya semasa penggambaran di Guam. Untuk hilangkan ketakutan itu, kawan rapatnya cadangkan dia ambil sijil selaman skuba.

4. Lee Byung-hun: Barista

Pelakon Lee Byung-hun merupakan pecinta kopi tegar. Menurut laman Soompi, selepas membintangi ‘I Saw the Devil’ pada tahun 2010, dia berehat sebentar daripada lakonan dan bawa kecintaannya terhadap kopi ke level lain dengan menjadi barista bertauliah.

Sejak itu, setiap pagi dia brew morning coffee dia dan mesti bawa homemade coffee itu ke mana saja bila keluar.

5. Minah Girl’s Day: Mengendali Jentera

Minah dapatkan lesen mengendalikan jentera atau mesin berat selepas masuk rancangan aneka ragam terbitan SBS, Eco Village.

Selepas lulus lesen pengorek tanah, dia guna skill tu untuk bina rumah dalam show tersebut. Semasa buat persediaan untuk exam lesen itu, dia nak pernah up sekeping gambarnya tengah study berserta kapsyen: “Ahhh! Rasa macam balik ke zaman sekolah.”