Home Entertainment Kenapa Orang Korea Cepat ‘Cancel’ Selebriti Mereka?

Kenapa Orang Korea Cepat ‘Cancel’ Selebriti Mereka?

0

Perhatian ramai boleh jadi api kepada seseorang selebriti. Sokongan peminat boleh menyalakan semangat untuk berjaya dalam industri hiburan.

Namun perhatian berlebihan juga boleh menghanguskan nama dan karier seni apabila artis pujaan mereka dipalit kontroversi dan bermasalah.

Baru-baru ini kecoh tentang skandal aktor Kim Seon-Ho dengan bekas teman wanitanya yang menyebabkan beberapa projeknya ditarik balik termasuk duta komersial.

Kejadian sama turut pernah menimpa aktres Seo Ye-ji kerana dakwaan sebagai queen control kepada bekas teman lelakinya dan berkasar terhadap staff sokongan di mana menyebabkan dia kehilangan tawaran iklan yang lumayan.

Hal ini agak kontra dengan dunia hiburan negara kita di mana selebriti yang dihurung skandal sana sini masih boleh keluar-masuk-keluar-masuk TV lagi. Mungkin lah pernah kena gam sekejap, sebelum melekat balik.

Mungkin selepas ini kita sebagai netizen kena tekan butang ‘delete’ terus, bukan lagi cancel kepada figura awam yang selalu bikin panas.

f1df228e7daec5be3eb3c957dfa7c548 interface design user interface

Kerana kalau beri perhatian dengan cara bagi komen berapi tentang mereka pun, bukan sahaja tidak memenuhkan peti sejuk di rumah kita, sebaliknya menaikkan lagi populariti mereka. Marketing tetap marketing walau bad marketing sekali pun.

Mengapa standard itu berbeza dengan industri hiburan Korea?

Menurut Song Jae-ryong, seorang profesor sosiologi di Universiti Kyung Hee, Korea Selatan dalam petikan artikel laman SCMP, difahamkan kadang selebriti ini jadi mangsa high expectation dalam masyarakat. Orang Korea masih pegang nilai konservatif dan patuh, ada yang tak boleh terima bila ada yang cuba jadi berbeza.

Orang Korea juga dikatakan lebih cenderung untuk kuat melabel orang dan letak tepi kelompok yang berbeza social group dengan mereka. Mereka semacam ada satu perasaan susah nak terima atau faham orang yang terkecuali daripada majoriti.

Bila masuk TV atau terkenal, selebriti ini dianggap mempunyai kehidupan berbeza dengan orang biasa. Oleh sebab itu mereka susah nak bertolak ansur dan hampir tiada-maaf-bagimu untuk sebarang perbuatan tidak bermoral dan tidak beretika.

Selain itu, mereka mementingkan impak sosial daripada seseorang individu tersebut. Contohnya jika ada selebriti yang disingkirkan dari TV kerana isu buli, anak-anak akan belajar yang inilah akibatnya kalau membuli.

‘Bom Bawang’ Tentera Troll Korea Yang Pedih

Dengan media sosial yang tumbuh macam cendawan ini, lagilah cepat gosip dan skandal tersebar.

Profesor Song tadi kata bila ada sesuatu isu timbul, orang Korea ni akan bentuk grup-grup dan mereka buat ‘meeting’ serta vokal dalam melontarkan pandangan pasal skandal selebriti di media sosial.

Apabila pendapat negatif publik yang menentang seseorang selebriti itu sampai ke telinga orang TV dan bisnes, cepat-cepat mereka cancel urusan dengan selebriti untuk selamatkan imej.

Setelah berasa suara didengari sehingga memaksa rancangan TV cancel program dan artis turun dari pentas hiburan, ia seolah-olah bagi kepuasan orang-orang ini dan menjadikan mereka lebih keras dalam membawang.

Bagaimanapun Kim Hern-sik, pemerhati pop-culture berpandangan masyarakat patut selidik isu tersebut dan berhati-hati dengan kata-kata kerana ada sesetengah selebriti itu cuma ada masalah peribadi namun diperbesarkan seperti buat kes jenayah.

Pada akhirnya, selebriti ini hanya manusia biasa dan tak sempurna sama seperti kita.