Pernahkah anda tonton iklan makanan misalnya burger atau ayam goreng dan keesokannya anda dah sampai ke restoran tersebut?

Rupa makanan yang ditonjolkan memang menggentarkan perut tapi hati kaca anda mungkin akan terhempas ke batu sebelum dilenyek bulldozer apabila ayam goreng yang sampai itu ternyata kurus, seolah-olah ia berdiet sebelum disembelih.

Lagi berkecai, bila tahu efek sebenar yang digunakan. Namun harus diingatkan tidak semestinya semua jurugambar pakai teknik ini.

Menurut Brightside, berikut 7 trik rahsia di sebalik iklan makanan yang menyelerakan:

1. Rahsia Buah Bersinar-Sinar

771c4c5b438f7d2d30b23c867f

Bahan ‘istimewa’ supaya buah tampak licin berkilat di skrin adalah deodoran. Atau kadang-kadang tukang hias makanan akan sembur dengan hairspray.

2. Minyak Enjin Disiram Atas Pankek

010c9d579b8dae45b71520c71c

Pankek selalunya dimakan bersama sirap maple namun untuk sesi fotografi ini, jurugambar gantikannya dengan minyak enjin kerana pankek cepat serap sirap maple sampai lembik.

3. Daging Burger Diwarnakan Dengan Pengilat Kasut

243bba55d082735e5f4cc2e0d8

Daging burger selalunya hampir mentah dalam iklan dan dimasak hanya dalam masa beberapa saat supaya nampak lebih besar dan merecik. Kemudian jurugambar akan mewarnainya dengan pengilat kasut dan toreh dengan pencucuk kebab untuk buat kesan panggang.

4. Kadbod Di Dalam Kek

08ec925415b7edffd7abbe92fb

Untuk kelihatan lebih gebu, kek dilapisi kadbod dan diketatkan dengan pencungkil gigi. Trik ini turut digunakan untuk sandwich dan burger.

5. Krim Pencukur Ganti Whipped Cream

87ba045ff3bc7fd427ab4df0eb

Tidak seperti whipped cream, krim pencukur tidak mudah cair jadi itulah yang dicari oleh jurugambar.

6. Ayam Disumbat Tisu

9238405b2facbce6b1b9ac20fb

Ayam panggang dalam iklan memang nampak mengancam tapi sebenarnya ia dipanaskan pada suhu minimal sebelum dicat. Untuk lebih ‘berisi’, jurugambar sumbat tisu ke dalam ayam dan menjahitnya.

7. Kentang Putar, Bukan Aiskrim Sebenar

1af76e5fe08b950eb5a1f3d5e2

Aiskrim cair terlalu awal di bawah pancaran lampu studio yang panas. Oleh itu, jurugambar menggantikannya dengan kentang putar atau pes kanji, sirap jagung, aising gula dan komponen lain.

Selepas ini, anda mungkin takkan pandang iklan makanan dengan cara yang sama lagi.

Kredit gambar utama: Shourav Sheikh/ Pixabay

Sumber gambar & info: Brightside

Previous articleKim Seon-ho Nak Minta Maaf Kepada Bekas Kekasih
Next articleDua Dekad Sudah Berlalu, Ini Gambar Terkini Pelakon ‘Autumn In My Heart’