Home Entertainment Terdapat Beberapa Persamaan Di Antara ‘A Business Proposal’ Dan Drama Hit Yang...

Terdapat Beberapa Persamaan Di Antara ‘A Business Proposal’ Dan Drama Hit Yang Sebelum Ini

0

Netizen baru-baru ini menemui kebetulan yang menarik antara ‘A Business Proposal’ dan drama hit Korea yang lain.

‘A Business Proposal’ ialah sebuah drama yang terkenal pada masa ini kerana jalan ceritanya yang lucu dan menarik yang memukau ramai peminat drama.

a business proposal 04032022 1

Berdasarkan kisah daripada webtoon dengan nama yang sama, ‘A Business Proposal’ disokong oleh penonton kerana visual pelakon- pelakon yang luar biasa.

Selain itu, gaya fesyen watak-watak dalam drama serta latar belakang drama turut membuatkan penonton teruja.

1644004758 9938 pPkpD 4f

Baru-baru ini, netizen menemui butiran yang sangat menarik dalam ‘A Business Proposal’ yang terdapat persamaan dengan drama popular Korea sebelum ini iaitu ‘Penthouse’.

Khususnya, di dalam adegan di mana Kang Tae Mu (Ahn Hyo Seop), datuk dan setiausahanya Cha (Kim Min Kyu) meninggalkan rumah (episod 4), penonton menyedari bahawa rumah agam Tae Mu yang mewah itu kelihatan sangat ‘familiar’.

Ternyata rumah itu adalah vila tempat Logan Lee – kekasih Shim Su Ryeon, pernah tinggal semasa dia tinggal bersama Min Seol Ah – watak paling malang dalam ‘Penthouse’.

a business proposal 12032022 1

Vila mewah Kang Tae Mu dalam A Business Proposal

penthouse 12032022

Rumah agam Logan Lee semasa menetap di Amerika Syarikat di Penthouse

Tambahan pula, dalam ‘A Business Proposal’, restoran yang kerap dikunjungi oleh Shin Ha Ri (Kim Se Jeong) dan Jin Young Seo (Seol In Ah) adalah pub yang sama yang pernah muncul di dalam drama hit ‘True Beauty’.

Dalam ‘True Beauty’, pelakon utama wanita Lim Ju Kyung (Moon Ga Young) secara tidak sengaja telah ternampak kakaknya dan gurunya sedang dating di pub ini.

Berikutan penemuan butiran ini, peminat percaya bahawa kawasan di atas sering digunakan oleh pembuat filem sebagai lokasi penggambaran kerana ia begitu terkenal di Korea.

Baca lagi: 5 K-Drama Bertemakan Romantik Komedi Yang Pastinya Menjadi Pilihan Ramai

Baca lagi: Masih Ingat Drama ‘Full House’? Ini Cerita Terkini Rumah & Para Pelakon Utamanya

a business proposal 12032022 2

Restoran yang sering dikunjungi Ha Ri dan Young Seo dalam A Business Proposal

true beauty 12032022

Ia juga merupakan pub yang muncul dalam True Beauty

 

Sumber: kbizoom