Home Kdrama/Kmovie 5 K-Drama Bertemakan Romantik Komedi Yang Pastinya Menjadi Pilihan Ramai

5 K-Drama Bertemakan Romantik Komedi Yang Pastinya Menjadi Pilihan Ramai

0

Drama atau filem romantik- komedi seringkali mendapat pandangan yang buruk daripada penonton kerana babak- babak yang ‘cliché’.

Tetapi jika kita jujur, ada hari yang kita perlukan babak itu. Buang yang negatif dan cuba untuk nikmati drama Korea yang comel dan menarik ini (walaupun cliche).

1. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo

18194903 weightlifting fairy cover 1280x720

Pelakon utama:

  • Lee Sung-kyung sebagai Kim Bok-joo, seorang atlet angkat berat
  • Nam Joo-hyuk sebagai Jung Joon-hyung, seorang perenang Olimpik.

Daripada kawan menjadi pasangan kekasih, kedua-dua atlet itu mengharungi dunia sukan yang kompetitif sambil mengenali hati budi masing- masing dan berkongsi cerita tentang kerisauan hidup mereka.

Antara rancangan yang disenarai di dalam artikel ini, anda mungkin mendapati Weightlifting Fairy sebagai salah satu drama yang paling kelakar dan paling santai untuk ditonton.

2. Mr. Queen

18194902 mr queen 2 cover 1200x675

Pelakon utama:

  • Shin Hye-sun sebagai Kim So-yung, seorang chef zaman moden yang terperangkap dalam tubuh seorang ratu
  • Kim Jung-hyung sebagai Raja Cheoljong, seorang Raja yang mencabar politik untuk rakyatnya.

Drama ini penuh dengan telatah lucu antara permaisuri dan raja. Pelakon Shin hye-sun yang merupakan seorang lelaki telah berubah menjadi perempuan dan terperangkan di dalam tubuh seorang ratu.

Aksi komedi yang banyak di dalam drama ini telah menghiburkan ramai penonton.

3. What’s Wrong with Secretary Kim?

18194903 park seo joon park min young wwwsk cover 1800x1200

Pelakon utama:

  • Park Min-young sebagai Kim Mi-seo, setiausaha yang sempurna kepada Lee Young-joon
  • Park Seo-jun sebagai Lee Young-joon, seorang Naib Pengerusi yang sombong dan dingin (dengan rahsia, sudah tentu)

Anda mungkin menemui ramai peminat yang akan menyebut siri ini sebagai rom-com kegemaran mereka, sebahagian besarnya disebabkan oleh gandingan yang luar biasa kedua-dua pelakon itu.

Park Min-young dan Park Seo-jun menyampaikan adegan komedi dan romantik dengan sangat mudah dan menarik.

4. Strong Woman Do Boong Soon

18194901

Pelakon utama:

  • Park Bo-young sebagai Do Bong-soon, seorang pengawal peribadi kepada An Min- hyuk yang menawan dan mempunyai kekuatan yang luar biasa.
  • Park Hyung-sik sebagai An Min-hyuk, CEO yang ceria kepada sebuah syarikat permainan

Drama ini harus ditonton disebabkan kecomelan yang melampau oleh Park Hyung Sik dan Park Bo Young.

Sangat jarang K-drama menawarkan kepada penonton watak utama lelaki yang comel, tetapi berbeza dengan drama ini, apabila pelakon utama lelaki mempunyai perwatakan yang comel.

5. True Beauty

18194903 true beauty cover 1280x720

Pelakon utama:

  • Moon Ka-young sebagai Im Ju-kyung, pelajar yang takut untuk mendedahkan wajah sebenarnya tanpa make-up
  • Cha Eun-woo sebagai Lee Soo-ho, seorang yang dingin dan sangat pintar di kampus.

Drama ini perlu ditonton kerana ia mengisahkan tentang cerita cinta segitiga yang paling hangat diperkatakan di dunia K-drama.

Han Seo-jun (dilakonkan oleh Hwang In-yeop), yang merupakan kawan baik pelakon utama lelaki juga mempunyai perasaan kepada pelakon utama perempuan.

Pada akhirnya, siapakah pilihan Ju-kyung?

Artikel Berkaitan: True Beauty: 5 Produk Kecantikan Ini Membuatkan Joo Kyung Tampak Berbeza

Menariknya anda boleh ‘Stream’ kelima-lima drama di atas secara PERCUMA di VIU Malaysia.

Klik di sini, untuk menonton Weightlifting Fairy Kim Bok Joo, Mr.Queen, What’s Wrong with Secretary Kim, Strong Woman Do Boong Soon dan True Beauty.

Hanya di satu platform, anda boleh menonton banyak kdrama, filem dan rancangan realiti yang menarik. Selamat berhibur ya!

Baca Lagi:  5 Rancangan Korea Yang Kelakar Dan Wajib Untuk Ditonton!