Home Entertainment  5 Rancangan Korea Yang Kelakar Dan Wajib Untuk Ditonton!

 5 Rancangan Korea Yang Kelakar Dan Wajib Untuk Ditonton!

0

Peminat drama dan muzik Korea Selatan pastinya sudah tahu akan kehadiran beberapa variety show yang kebiasaannya akan menampilkan ramai artis kesayangan mereka.

Dengan menonton variety show, peminat dapat melihat sisi yang berbeza daripada pelakon dan juga idola mereka.

variety show the great escape 4 sub indo viu

Yang menariknya, kebanyakkan rancangan Korea, mampu membuat penonton tergelak terbahak- bahak dan juga ia mampu untuk menenangkan fikiran penonton. Selain itu, terdapat juga mesej penting di dalam setiap rancangan.

return

Rancangan realiti Korea ini sudah menjadi sangat popular bukan sahaja di Korea, malahan di dunia antarabangsa.

Tetapi, apakah rancangan realiti yang wajib anda tonton? Jom baca sehingga habis!

1.The Great Escape 4

Yang pertama ialah “The Great Escape”. Rancangan ini mempunya banyak siri dan kini yang terbaharu merupakan siri ke- 4.

d 1

Genre rancangan ini ialah komedi dan ia mempunyai konsep yang sangat unik dan sedikit berbeza dari rancangan yang lain.

Di setiap episod, akan ada sesuatu tugas untuk para pemain dan juga artis jemputan. Mereka harus menyelesaikan beberapa cabaran sebelum boleh keluar dari sesebuah tempat.

great escape

 Di dalam The Great Escape musim terbaru, Kang Ho Dong, Kim Jong Min, Kim Dong Hyun, Shindong (Super Junior), Yoo Byung Jae, dan P.O Block B akan dicabar untuk melarikan diri dari bilik yang seakan- akan angkasa lepas.

2. Running Man

Siapa je yang tak tahu dengan kewujudan variety show yang satu ini?

nonton streaming download drakorindo running man sub indo viu

Running Man telah mula ditayangkan sejak tahun 2010, dan ia telah menarik perhatian orang ramai dengan aksi yang melucukan dan menghiburkan.

Setelah beberapa kali mengalami perubahan anggota, kini ahli tetap Running Man ialah  Yoo Jae Suk, Haha, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Jae Suk Jin, Yang Se Chan dan Jeon So Min.

running

Salah satu permainan yang paling popular di dalam Running Man adalah permainan menarik name tag.

Setiap episod, rancangan ini akan memiliki tema dan misi yang tertentu dan ia harus diselesaikan oleh para pemain dan artis jemputan. Sangat menarik bukan!

3. Youn’ s Stay

Jika dua variety show diatas mampu membuatkan penonton ketawa tidak berhenti, di dalam rancangan Youn’s Stay ini pula akan membuat penonton terpukau sekaligus akan membuat anda teringin untuk pergi bercuti di Korea.

sinopsis youns stay sub indo viu 800x450 1

Kenapa? Rancangan ini mempersembahkan pengembaraan ahli yang ditugaskan untuk menguruskan rumah penginapan gaya tradisional di Korea Selatan.

Bukan sahaja menjadikan rumah penginapan itu lebih menarik, mereka juga ditugaskan untuk mencari dan melayan tetamu yang bekerja sebagai pekerja atau pelajar luar negara untuk merasai pengalaman menginap di rumah tradisional dan merasai keunikan Korea.

youn stay

Pada mulanya, variety show ini dinamakan Youn’s Kitchen dengan lokasi penggambaran akan diadakan di beberapa negara.

Bagaimanapun, disebabkan pandemik, format rancangan telah bertukar kepada Youn’s Stay dan tempat yang dipilih itu hanyalah di Korea Selatan.

7316019811ea45d66ecd3d2efd45dc9e38a54a05

Buat masa ini Youn’s Stay terdiri daripada 5 ahli iaitu Jung Yu Mi, Park Seo Jun, Youn Yuh Jung, Lee Seo Jin dan Choi Woo Shik.

4. The Return of Superman

Di dalam rancangan ini, penonton akan gembira melihat gelagat si kecil. Yang lebih menariknya lagi, penonton akan melihat kekecohan si bapa dalam menguruskan anak- anak mereka.

return sp

Para ayah di dalam rancangan ini merupakan selebriti di Korea Selatan dan akan dicabar untuk menguruskan anak selama beberapa hari tanpa bantuan orang lain, termasuklah isteri tercinta.

Uniknya, selain dari menghiburkan hati melihat kecerdasan si kecil, kita juga akan melihat cara si bapa mendidik mereka dengan penuh sabar dan baik.

return of

Di dalam rancangan ini, penonton boleh menyaksikan aksi lucu dari anak-anak pemain bola sepakPark Joo Ho, komedian Samuel Hammington, pelakon Yoon Sang Hyun, dan artis Jepun, Sayuri Fujita.

5. 2 Days 1 Night

Sejak rancangan itu bermula pada tahun 2007, terdapat skandal demi skandal yang melibatkan ahli yang berbeza.

d 1 1

Rancangan itu akhirnya mengambil masa sembilan bulan untuk berehat pada 2019, dan kini, ia kembali dengan barisan MC baharu.

Sama seperti bagaimana ia bermula, rancangan itu membawa ahlinya ke seluruh negara selama dua hari satu malam untuk menerokai bandar, kampung dan pemandangan yang indah di bawah tema yang berbeza pada setiap minggu.

2d1n

Rancangan ini terkenal dengan permainan ‘bertuah atau tidak bertuah’ yang, sekiranya ahli gagal, ia akan menyebabkan mereka tidak diberi makanan, melompat ke dalam tasik yang sejuk, dan tidur di dalam kotak kadbod pada pertengahan musim sejuk.

Jika anda suka melancong, mengenali budaya dan citarasa tempatan serta aktiviti luar yang menarik, ini adalah pilihan terbaik untuk anda.

Semua ‘Variety Show’ Ini Boleh Ditonton Secara Percuma Dengan Hanya Melayari Satu Platform Ini Sahaja!

Berita baik kepada peminat rancangan Korea! Anda boleh menonton kesemua rancangan menarik ini secara PERCUMA sahaja di VIU!

Anda hanya perlu melayari VIU di website ataupun menggunakan aplikasi VIU.

Aplikasi Viu ini boleh dimuat turun dalam smartphone supaya boleh streaming di mana dan bila-bila masa sahaja. Boleh klik di sini.