Home Kdrama/Kmovie True Beauty: 5 Produk Kecantikan Ini Membuatkan Joo Kyung Tampak Berbeza

True Beauty: 5 Produk Kecantikan Ini Membuatkan Joo Kyung Tampak Berbeza

0

Sebelum diadaptasikan ke siri TV, cerita ‘True Beauty’ atau ‘The Secret of Angel’ karya Yaongyi ini memang popular di Webtoon LINE.

Artwork dia cantik, selera humor boleh tahan, plot menarik dan sarat dengan pengajaran hidup yang saya akan cerita pada hujung-hujung artikel ini nanti.

1 7
Kredit: Webtoon

Seingat saya dulu baru beberapa episod webtoon ini dimuat naik sudah berjaya berada pada kedudukan no.1 dalam carta popular.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa naskhah ini ditunggu-tunggu ramai selepas diumumkan nak diadaptasi menjadi drama.

2 8
Kredit: tvN

Ceritanya mengisahkan Joo Kyung, seorang pelajar perempuan nerd, suka layan komik seram dan muzik metal berubah jadi lawa dan handal dalam solekan hasil berguru dengan video tutorial mekap.

Produk Apakah Yang Jugyeong Guna Sampai Jadi Lawa Begitu?

Bagi penonton K-Drama ini, antara perkara yang menarik perhatian ramai adalah produk kecantikan yang digunakan oleh Joo Kyung.

3 7
Kredit: Viu

Untuk barang solek, kebanyakannya dia guna jenama Colorgram. Hasil penangan drama ini, jenama kecantikan itu pergi jauh ke peringkat antarabangsa. Power kan pemasarannya?

Ini antara produk-produk solekan yang digunakan oleh Joo Kyung:

#1 Colorgram Artist Formula Auto Brow Pencil

#2 Colorgram Multi Cube Palette 5 Colours

#3 Colorgram Thunderbolt Tint Lacquer

#4 Colorgram Milk Bling Shadow

#5 Colorgram Rosy Tone Up Cream

Pengajaran Drama ‘True Beauty’

Daripada cerita ini, anda bukan sahaja akan belajar bab-bab kecantikan dan teknik solekan.

Mesej tersirat paling penting adalah kecantikan itu bermula dari dalaman, kebaikan dan sayang diri sendiri, bukan solekan.

Jugyeong habiskan masa berjam-jam bersolek bagi menutup cela di wajah dan nak tutup mulut orang daripada mengatanya.

Sedangkan ada seseorang yang sukakan Joo Kyung dari lubuk hati paling dalam, tak peduli dia pakai mekap ke tak sebab lebih tertarik dengan karakter, personalitinya yang mesra dan penyayang.

Meskipun kisah cinta seginya menarik (sampai ada orang terkena second lead syndrome), akhirnya nanti biarlah Joo Kyung layak dapat orang yang nampak kecantikan dalamannya, bukan luaran sahaja dan teguh sayangkan dia.

Nak Tengok Kat Mana Drama ‘True Beauty’?

Cerita ni saya pernah tengok di aplikasi Viu. Ada satu babak tu, rahsia Jugyeong nyaris bocor bila muka cun dia dah siap mekap kena lempar dengan kek.

Anda boleh download aplikasi ini di phone, atau streaming menerusi website. Untuk tonton tanpa sekatan atau gangguan iklan pula boleh aktifkan Viu premium.

Alternatif lain untuk tonton secara percuma dalam masa 24 jam, tunggu pengumuman Daebak Thursday setiap hari Khamis ada tak cerita ni termasuk nanti.