Home Entertainment Lee Yoo Mi Dahulu Pernah Berhasrat Untuk Melakukan Pembedahan Plastik, Kini Tidak...

Lee Yoo Mi Dahulu Pernah Berhasrat Untuk Melakukan Pembedahan Plastik, Kini Tidak Lagi

0

Kemunculan pelakon Lee Yoo-mi dalam dua siri fenomena Netflix iaitu Squid Game dan All Of Us Are Dead sememangnya meninggalkan impak besar terhadap kariernya.

Kehadiran Yoo-mi dalam industri Korea Selatan mula disedari ramai dan rata-rata netizen melabelkan dirinya sebagai seorang pelakon yang berkebolehan memegang apa sahaja jenis watak.

photo1333867

Bagaimanapun, Yoo-mi sebenarnya pernah bergelut dalam perasaan sendiri apabila tidak berpuas hati dengan raut wajah sendiri.

Dalam satu temu bual pada 2019, aktres itu mengakui pernah berhasrat melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.

Leeyoomi

Ketika itu, dia sering memikirkan apa yang patut dilakukan dengan bentuk hidungnya.

Hasrat untuk melakukan pembedahan kecantikan bagaimanapun terpadam selepas menyedari dia seharusnya lebih menyayangi diri sendiri.

Baca Lagi: Lee Yoo Mi Menerima Berbakul- Bakul Sumpah Seranah Daripada Penonton

Baca Lagi: Dua Drama Netflix Mendapat Perhatian Penonton, Pengikut Instagram Lee Yoo Mi Naik 175 Kali Ganda Hanya Dalam Masa 5 Bulan1637786504 untitled 1

“Sekarang saya suka wajah sendiri lebih banyak berbanding orang lain. Wajah saya menawan, kan?” katanya yang mula menerima diri sendiri selepas mendengar lagu BTS, Love Yourself.

Sumber: Kosmo