Home Entertainment Dua Drama Netflix Mendapat Perhatian Penonton, Pengikut Instagram Lee Yoo Mi Naik...

Dua Drama Netflix Mendapat Perhatian Penonton, Pengikut Instagram Lee Yoo Mi Naik 175 Kali Ganda Hanya Dalam Masa 5 Bulan

0

Nama Lee Yoo Mi kini semakin popular sejak dua dramanya yang ditayangkan di Netflix berjaya.

MV5BZGU1ZGVjMzgtMGE5Zi00NTFmLTgwNWYtMzQ4MTk4ZmRmZjFhXkEyXkFqcGdeQXVyNDAzNDk0MTQ@. V1

Pada 3 Februari lalu, aktres itu telah memperoleh 7.1 juta pengikut di Instagram dengan kejayaan ‘Squid Game’ diikuti dengan populariti ‘All of Us Are Dead.’

Tahun lalu pada bulan September, Lee Yoo Mi mempunyai hanya 40,000 pengikut di Instagramnya tetapi dalam masa lima bulan sahaja jumlah pengikut meningkat kepada 7.1 juta.

1

Ini semua berkat kejayaan yang diperoleh Lee Yoo Mi melalui kedua-dua drama tersebut dan lakonannya telah mendapat pujian orang ramai.

Memandangkan peranannya yang jauh berbeza, Lee Yoo Mi dapat menawan hati peminat kerana berjaya membawa dan menghidupkan watak.

squid game lee yoo mi jung ho yeon 1634040668

Di dalam ‘Squid Game,’ dia memainkan watak sebagai Ji Yeong, seorang gadis muda yang pemalu namun berkepala dingin yang mengambil bahagian dalam permainan berbahaya itu dan akhirnya mengorbankan dirinya supaya Sae Byeok boleh pergi ke peringkat seterusnya.

1643649542 untitled 1

Walau bagaimanapun, dalam siri Netflix yang terbaru ini, Lee Yoo Mi memegang watak sebagai Lee Na Yeon, seorang pelajar sekolah menengah yang mementingkan diri sendiri dan sanggup membunuh rakan sekelasnya untuk terus hidup.

Capture 1

Watak Lee Na Yeon telah mendapat kecaman yang hebat dari penonton dan sekaligus membuktikan kualiti lakonan Lee Yoo Mi yang hebat dan menjadi.

Selepas Lee Yoo Mi muncul di ‘Squid Game’ dan ‘All of Us Are Dead,’ ramai netizen menyatakan rasa terkejut mereka dan mengulas, “Saya tidak tahu dia adalah orang yang sama”

2

“Dia meninggal dalam ‘Squid Game’ supaya dia boleh kembali dalam ‘All of us are dead’ untuk membuat kekacauan,”

“Saya sangat membenci wataknya tetapi itu bermakna dia seorang pelakon yang sangat baik.”

Sumber: allkpop