Home Movie Penonton Tertidur Dan Terperangkap Di Dalam Pawagam Semasa Menonton ‘Pirates: Goblin Flag’

Penonton Tertidur Dan Terperangkap Di Dalam Pawagam Semasa Menonton ‘Pirates: Goblin Flag’

0

Sebuah panggung wayang dilanda kontroversi kerana tidak sedar dan tidak memeriksa penonton yang tertidur ketika menonton filem ‘Pirates: Goblin Flag’.

Menurut portal Korea, Wikitree, penonton berkenaan memuat naik di laman komuniti dalam talian tentang pengalamannya terkurung di dalam pawagam yang dikenal pasti sebagai CGV di Jeonju, Korea Selatan.

“Masa tu saya tengah menonton ‘Pirates 2’ (Pirates: Goblin Flag) dan suami saya tertidur. Kemudian kami tersedar para staf tutup kunci semua pintu dan pulang ke rumah. Lantas saya pun dial nombor kecemasan 911 dan balik rumah pukul 1:13 pagi.

Balai Bomba Jeonju Deokjin mengesahkan mereka menerima laporan penonton terperangkap di dalam pawagam CGV sekitar jam 12:45 tengah malam ketika itu. Pihak bomba bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan penonton yang terperangkap di lobi panggung wayang tersebut.

Filem yang ditonton mereka bermula pada pukul 9 malam dan berakhir sekitar pukul 11:16 malam.

Mendengarkan khabar itu, pihak panggung wayang CGV mengeluarkan kenyataan permohonan maaf di atas kesulitan dan kesilapan pekerjanya yang tidak memeriksa selepas tayangan filem tamat.