Di bawah semua kemewahan dan glamor yang dilihat pada skrin, kehidupan seorang idola adalah sukar, dan kesukaran dan tekanan bermula daripada menjadi seorang pelatih.

dummy

Salah satu kumpulan yang pernah melalui semuanya ialah BIGBANG. BIGBANG telah wujud selama bertahun-tahun selepas debut di bawah naungan YG Entertainment pada tahun 2006.

Kumpulan itu masih menyaksikan realiti pahit sebagai seorang idola dan tekanan yang datang bersamanya.

Baru-baru ini, T.O.P telah menghadiri temu bual bersama PrestigeOnline, di mana dia bercakap secara jujur ​​tentang kesusahan dalam hidupnya, kesan seni dan masa depan BIGBANG.unnamed 6

Pemuzik itu juga bercakap tentang isu dalam industri K-Pop, dan ramai yang percaya ia mungkin menjadi salah satu sebab dia meninggalkan YG Entertainment pada awal tahun ini.

Semasa temu bual, T.O.P menjelaskan bahawa sistem K-Pop perlukan pemeriksaan lebih mendalam.

Walaupun dia mengakui bahawa dia bertuah kerana hanya mengambil masa setahun sahaja sebagai ‘trainee’, dia menjelaskan bahawa saat itu merupakan saat yang amat sukar bagi semua pelatih.

unnamed 1 1

“Saya sendiri bernasib baik kerana saya hanya menghabiskan masa kurang dari setahun sebagai pelatih sebelum saya berjaya debut bersama Big Bang.

Tetapi selepas itu, saya melihat semua pelatih, tidak mengira jantina, telah berada di bawah sistem yang sangat teruk.

Khususnya, dia sangat kritis terhadap sistem yang harus dilalui oleh idola. Walaupun syarikat itu mungkin melonjakkan pelatih kepada kemasyhuran, bagi T.O.P, ia mendatangkan kesan yang melampau kepada kebajikan dan kesihatan mental mereka, malah mereka juga dibandingkan dengan “robot.”

unnamed 4

Mereka perlu melakukan perkara yang disuruh dan dilatih sama seperti robot. Mereka mungkin akan menjadi popular, mereka mungkin menjadi lebih besar, tetapi dalam hati mereka dan dalam cara yang tidak dapat kita lihat, mereka sedang diasingkan, dan akan berasa sunyi di dalam diri mereka-T. O.P.

T.O.P berkata bahawa dia mahu melakukan sesuatu mengenainya. Walaupun dia tidak mengesahkan rancangan masa depannya selain daripada kemunculan semula BIGBANG, dia memberitahu bahawa dia mahu mempunyai sejenis label (company) demi mengubah sistem pelatih ini.

Artikel Berkaitan: T.O.P BIGBANG Kongsi Perasaanya Selepas Meninggalkan Agensi Lamanya YG Entertainment

Artikel Berkaitan: “Saya Enggan Aktif Di Korea, Tak Nak Buat Comeback”- Kata-kata T.O.P BIGBANG Cetus Spekulasi

unnamed 2

Untuk T.O.P, dia tidak mahu menjadi “Pembuat Robot”. Dia percaya bahawa cara terbaik untuk mencipta artis sejati adalah dengan mengubah sepenuhnya sistem latihan yang sudah sedia ada ini.

Saya mahu menjadi artis sebenar dan membantu artis sebenar. Saya positif tentang ingin membuat kumpulan yang sama sekali berbeza daripada BIGBANG pada masa hadapan.

Sumber: Koreaboo

Previous articleJay Park Berlari Keluar Untuk Bertemu Dengan Gadis Idamannya, IU
Next articleTerdapat Beberapa Persamaan Di Antara ‘A Business Proposal’ Dan Drama Hit Yang Sebelum Ini