Home Entertainment T.O.P BIGBANG Kongsi Perasaanya Selepas Meninggalkan Agensi Lamanya YG Entertainment

T.O.P BIGBANG Kongsi Perasaanya Selepas Meninggalkan Agensi Lamanya YG Entertainment

0

Pada 7 Februari, YG Entertainment telah mengumumkan bahawa TOP telah meninggalkan agensi itu secara rasmi selepas 16 tahun.

YG menjelaskan bahawa T.O.P mahu “memperluaskan skop aktiviti individunya dan juga akan menyahut cabaran sebagai artis dan usahawan.”

d0b7701f 4290 4c5a a8a9 10354545979c 0d2782bf

Bagaimanapun, agensi itu menjelaskan bahawa T.O.P masih akan kekal sebagai sebahagian daripada BIGBANG dan akan mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan itu pada bila-bila masa sahaja.

Artikel Berkaitan: Peminat Terkejut Dengan Gambar Dan Caption Terbaru T.O.P BIGBANG Di Instagram

Artikel Berkaitan: Orang Industri Tertanya- Tanya, Kenapa Nama BigBang Tidak Tersenarai Di Dalam Poster Coachella 2022

3958071d038181b9feeb640886b56bc3

Ini termasuklah kemunculan semula BIGBANG yang akan diadakan pada musim bunga tahun ini.

Keesokan harinya, T.O.P berkongsi di Instagram Stories keadaannya selepas berita dia meninggalkan agensi lamanya itu.

2 2

Story yang pertama dia hanya menulis teks “Gembira”.  Beberapa jam kemudian, dia memuatnaik gambar baharunya dengan menulis, “Saya sangat GEMBIRA.”

1 3

Rata- rata peminat berasa gembira melihat T.O.P gembira dengan permulaan baharunya, terutamanya dengan berita kemunculan semula BIGBANG yang akan datang!

Sumber: Soompi