Satu dunia sudah mengetahui populariti siri zombi apokaliptik “All of Us Are Dead” dengan mendominasi penarafan dan carta di seluruh dunia sejak tayangan perdananya pada 28 Januari 2022.

Drama bersiri Netflix itu berjaya memikat hati penonton secara global dengan plot yang mendebarkan dan pelakon yang menakjubkan.

all dead main 0

Dan sementara semua pelakon melakukan kerja yang luar biasa dalam siri ini, terdapat seorang pelakon yang menjadi tajuk utama kerana dedikasinya yang tidak dapat ditandingi iaitu Im Jae Hyuk.

Im Jae Hyuk telah memainkan watak Yang Dae Su, seorang pelajar sekolah menengah dan imejnya itu sesuai untuk peranan tersebut.

unnamed 1 3

Watak seorang yang kuat menjadikan bahagian penting dalam identitinya, kerana dia akan melawan zombi dan melindungi rakan- rakannya daripada serangan.

Dan dengan cepat wataknya menjadi kegemaran peminat. Pelakon itu bukan sahaja mendedikasikan diri dalam lakonannya, tetapi juga melalui fizikalnya.

Menurut bekas wartawan hiburan Lee Jin Ho, Im Jae Hyuk sentiasa terkenal dengan tubuh badannya yang lebih besar.

unnamed 2 2

Pada tahun 2019, bagaimanapun, labelnya mencadangkan bahawa dia perlu untuk “menurunkan sedikit berat badan,”

Disebabkan komen daripada labelnya itu, pelakon itu telah memandang serius dan dia akhirnya telah berjaya menurunkan sebanyak 30 kilogram (kira-kira 66 paun).

Artikel Berkaitan: Netflix Mempromosikan ‘All of Us Are Dead’ Dengan Cara Menyeramkan

Artikel Berkaitan: Koreografer Ini Kongsi Cara Bagaimana K-Zombi Bergerak Dalam Filem & Drama

unnamed 3 2

Gambar selepas menurunkan 30 kilogram (Tahun 2019)

Bagaimanapun, semua kerja kerasnya terbukti tidak selari dengan barisan produksinya, kerana dia mendapat watak Dae Su di dalam siri zombie tersebut.

Pasukan produksi All of Us Are Dead membayangkan Dae Su sebagai watak lelaki yang lebih berisi dan mereka meminta Im Jae Hyuk untuk menambah berat badan.

unnamed 5 1

Im Jae Hyuk yang berjaya mengikut permintaan agensinya dengan menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram, akhirnya terpaksa menaikkan berat badan sebanyak 32 kilogram demi menjayakan watak “All Of Us Are Dead”.

unnamed 6 1

Gambar terbaharu Im Jae Hyuk

Walau bagaimanapun, pelakon itu memutuskan untuk menurunkan semula berat badannya untuk keutamaannya sendiri dan telah berjaya menurunkan sebanyak 25 kilogram (kira-kira 55 paun).

Menurut laporan, berat badan terkini Im Jae Hyuk adalah 82 kilogram (kira-kira 181 paun) pada ketinggian 5’11.

Sumber: Koreaboo

Previous articleSandara Park Mendedahkan Berat Terkini, Hanya Dengan Makan Pisang?
Next articleT.O.P BIGBANG Kongsi Perasaanya Selepas Meninggalkan Agensi Lamanya YG Entertainment