Home Concert Orang Industri Tertanya- Tanya, Kenapa Nama BigBang Tidak Tersenarai Di Dalam Poster...

Orang Industri Tertanya- Tanya, Kenapa Nama BigBang Tidak Tersenarai Di Dalam Poster Coachella 2022

0

Orang di dalam industri tertanya-tanya mengapa Big Bang tidak akan menghadiri ‘Coachella 2022’.

Pada 12 Januari, festival muzik terbesar di dunia ‘Coachella’ telah mengesahkan kemunculan semula festival itu buat kali pertama dalam tempoh 2 tahun.

image readtop 2020 10579 157808886140387501 1

Pada tahun ini, festival itu akan berlangsung dari 15-17 April dan dari 22-24 April, dengan artis utamanya Harry Styles, Billie Eilish, Ye, dan banyak lagi.

Sebelum ini, Big Bang menjadi tajuk utama di semua media pada awal tahun 2020 selepas YG Entertainment mengesahkan bahawa kumpulan itu akan membuat kemunculan semula di ‘Coachella 2020’.l15myz42d1a41

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pandemik COVID-19, ‘Coachella 2020’ telah ditangguhkan, yang kemudiannya dibatalkan selama 2 tahun yang.

Kini, ‘Coachella’ akhirnya kembali, tetapi malangnya, tanpa Big Bang. Epic High yang juga tersenarai dalam ‘Coachella 2020’ tetap akan beraksi di pentas ‘Coachella 2022’.

1642055969

Tetapi tiada nama Big Bang di dalam barisan ‘Coachella 2022’.

Setakat ini, YG Entertainment masih belum menjawab sebarang pertanyaan mengenai kemunculan semula Big Bang pada tahun 2022 ini.

Sumber: allkpop