Home K - Pop Kim Chae Hyun Kep1er Mendapat Kritikan Yang Tak Masuk Akal Gara-Gara Lemak...

Kim Chae Hyun Kep1er Mendapat Kritikan Yang Tak Masuk Akal Gara-Gara Lemak Di Perutnya

0

KUMPULAN Kep1er memulakan debut mereka dengan jayanya pada 3 Januari yang lalu sehingga setiap ahlinya mendapat perhatian daripada khalayak.

Chaehyun Kep1er

Baru beberapa minggu memulakan debut, timbul pula kisah tidak enak yang berlaku terhadap salah seorang anggotanya, Kim Chae-hyun apabila netizen melakukan perbuatan ‘body shaming’ atau menghina bentuk badannya.

Kim Chae Hyun- Wa Da Da Fancam: https://www.youtube.com/watch?v=Ymb3QEIfx9g 

Semuanya berlaku selepas sebuah video dirakam peminat memperlihatkan lemak perut Chae-hyun menjadi perhatian ramai. Bagaimanapun ada juga peminat tampil mempertahankan penyanyi itu.

Capture 5

“Ini sangat teruk. Dia kurus dan sangat cantik,” kata netizen.

“Dia sangat kurus, apa yang kalian cakapkan ini?” soal seorang lagi peminat.

“Kalau awak kurus macam mana sekalipun, tapi kalau pakai baju ketat, sudah semestinya kulit akan jadi begitu,” pertahan seorang peminatnya.

Sumber: allkpop & kosmo