Home Entertainment Kim Jong Kook Dedah Taktik Liciknya Yang Akan Berlaku Sebaik Sahaja Berkahwin

Kim Jong Kook Dedah Taktik Liciknya Yang Akan Berlaku Sebaik Sahaja Berkahwin

0

Pada 13 Januari, Kim Jong Kook telah berkongsi video baharu menerusi saluran YouTubenya ‘Gym Jong Kook’, di mana dia pergi keluar bersama dengan anak saudaranya.

Pada awalnya, Kim Jong Kook bertemu dengan anak saudara dan juga seorang penyanyi, Soya dan adik perempuan Soya di Garosu-gil.

Capture 6

1 2

Ketiga-tiga mereka kemudian melawat sebuah kafe dan menikmati kopi dan pencuci mulut di situ. Apabila Kim Jong Kook memakan sesuap kek, Soya kemudian bertanya, “Sedap kan?“. Kim Jong Kook menjawab dengan tidak puas hati, “Ya.”

Soya kemudian mengulas, “Bagaimana jika teman wanita awak berkata dia mahu makan pencuci mulut? Awak tidak boleh menolak.”

Kim Jong Kook menjawab, “Sudah tentu. Saya boleh melakukan apa sahaja asalkan saya dapat bersenam.

kim jong kook

Satu-satunya sebab saya pernah bergaduh dengan teman wanita saya pada masa lalu adalah kerana isu bersenam.

Untuk mengelakkan daripada bergaduh kerana bersenam, Soya kemudian mencadangkan agar Kim Jong Kook kerap pergi bercuti bersama teman wanitanya.

bercuti

Bagaimanapun, Kim Jong Kook berkata, “Jika saya pergi bercuti, saya akan mencari gim dan saya akan bersenam dahulu, dan kemudian menempah tempat yang berdekatan dengan gim.”

Anak saudaranya kemudian bertanya, “Apakah yang akan dilakukan oleh teman wanita semasa awak berada di gim?”

Kim Jong Kook dengan cerdik menjawab, “Saya akan memberi kredit kad dan dia boleh pergi membeli-belah.”

1642121474 5168620

Kemudian, Kim Jong Kook mendedahkan sebuah rahsia  kepada anak buahnya, “Jika saya berkahwin, saya harus membuka sebuah pusat kecergasan (gim).

Memandangkan saya pemilik gim tersebut, saya perlu pergi ke sana setiap hari dan isteri tidak boleh menghalang saya, kerana ia adalah kerja.”

SVCFile 727506600865792

Anak saudaranya tidak terlalu gembira mendengar rancangan licik(?) Kim Jong Kook!

 

Sumber: allkpop & YouTube Kim Jong Kook