Home Entertainment “Asyik Keluarkan Single Solo Je”, Peminat Sudah Tidak Sabar Menantikan Lagu Baharu...

“Asyik Keluarkan Single Solo Je”, Peminat Sudah Tidak Sabar Menantikan Lagu Baharu BlackPink

0

SEDAR atau tidak, sudah lama sebenarnya kumpulan berpengaruh Blackpink tidak muncul dengan lagu dan album terbaharu.

Semuanya kerana sedang memberi laluan kepada kerjaya solo setiap anggotanya bermula dengan Rose dan Lisa yang melancarkan album single perdana masing-masing pada tahun lalu.

Screen Shot 2021 09 10 at 3.21.05 PM

202104121439 main.cropped 1618213166

Tahun ini pula, fokus diberikan kepada Jisoo dengan debut lakonannya berjudul Snowdrop yang sedang hangat ditayangkan menerusi televisyen.

dummy 6

Biarpun ada alasan logik, ramai peminat mula bersuara dan tidak berpuas hati apabila kumpulan itu mengambil masa yang sangat lama untuk ‘berehat’.

Malah ada juga yang secara sinis menyamakan tempoh rehat Blackpink seperti yang dilalui sebuah kumpulan lelaki kerana menjalani latihan ketenteraan wajib.

Blackpink PUBG 210321

“Adakah mereka masuk latihan ketenteraan? Kemunculan terakhir mereka, sebelum Aespa memulakan debut (November 2020),” soal netizen.

Rata-ratanya sudah tidak sabar menantikan Blackpink muncul dengan lagu dan album baharu selepas lama peminat tertunggu

Sumber: Kosmo