Setiap pelajar pasti mengidamkan keputusan cemerlang, atau sekurang-kurangnya lulus. Musim peperiksaan sememangnya sinonim dengan saat-saat paling stress bagi seorang pelajar.

Lebih-lebih lagi di Asia Timur, di mana kebanyakan para pelajarnya ditekan untuk mencapai keputusan setinggi langit dengan warna terbang-terbang.

Bagi Muslim di Malaysia seperti penulis, biasanya amalan sebelum masuk ke dewan peperiksaan ialah solat hajat, salam cikgu dan ibu bapa selepas belajar setengah mati atau menyesal banyak tengok cerita Korea daripada studi.

Bila intai sikit budaya negara-negara di Asia Timur, ini 6 amalan yang dilakukan mereka sebagai persediaan peperiksaan:

#1 Tuah Coklat KitKat

1 4

Tapak pasaran coklat KitKat amat kukuh di Jepun, salah satunya kerana jenamanya dianggap pembawa tuah oleh masyarakat Jepun.

Disebut sebagai “kitto katto”, nama coklat itu serupa dengan frasa “kitto katsu”, yang bermaksud “pasti berjaya”. Itulah sebabnya coklat ini diberikan kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan sebagai tanda ‘Semoga Berjaya’.

#2 Tak Cuci Rambut

2 4

Di Korea Selatan, cuci rambut dianggap membasuh segala ilmu-ilmu pengetahuan dalam kepala otak.

“Ada seorang budak lelaki di dalam kelas kami tak cuci rambut atau mandi sebelum masuk exam. Kebiasaannya dia sangat bersih, tetapi bila anda tahu ritualnya ini setiap kali nak exam, anda pasti tak mahu duduk dekat dengan dia.” kata seorang pelajar lelaki Korea yang membawang tentang rakan sekelasnya.

#3 Ibu Bapa Berdoa

3

Setiap kali periksa, ibu bapa antara insan yang paling bersemangat waja. Mereka akan pergi ke kuil-kuil setiap hari selama 100 hari menjelang peperiksaan.

“Sesetengah ibu bapa menunggu anak mereka di luar dewan peperiksaan sambil mendoakan mereka lulus,” kata Ji-Youn Jung yang kini seorang guru, “Dulu ibu saya pernah buat juga, namun result saya tetap teruk.”

#4 Mengelak Makan Sup

5 3

Di Korea Selatan, seboleh mungkin para pelajar mengelak makan sup rumpai laut kerana teksturnya yang licin dipercayai akan mengakibatkan hafalan nota belajar tergelincir lalu hilang dari kepala.

“Saya cuba untuk tak makan sup rumpai laut sebelum peristiwa penting seperti peperiksaan atau temu duga. Tetapi jika saya termakan tanpa sedar, saya tak runsing sangat pun.” kata Ji-Youn lagi.

#5 Makan Manisan Untuk Power Dalam Exam

4 5

Sedikit gula mungkin akan membekalkan tenaga seperti budak-budak dalam iklan milo. Bagaimanapun, orang Korea percaya snek manis ada kuasa untuk bantu calon lulus peperiksaan.

Yeot merupakan makanan tradisional Korea. Manisan yang melekit ini sering dimakan sebelum peperiksaan penting, terutamanya peperiksaan kemasukan universiti.

Ji-Youn menerangkan bahawa “Yeot adalah sejenis manisan yang melekit, dan perkataan Korea untuk ‘melekit’ dan ‘lulus peperiksaan kemasukan’ itu bunyinya sama.”

#6 Pakai Spender Warna Merah

6 1

Merah dipercayai sebagai warna bertuah di China. Ramai percaya bahawa berpakaian serba merah lebih-lebih lagi seluar dalam pun warna merah amat bagus semasa peperiksaan.

Menurut laman BBC, terdapat pepatah Cina mengatakan “Adakah anda memakai seluar dalam merah?” apabila seseorang itu berjaya.

Bagaimanapun sesetengah orang tidak membeli idea untuk memakai warna merah semasa peperiksaan kerana markah gagal turut ditulis dengan pen merah di China.

Sumber: BBC

Previous article“Asyik Keluarkan Single Solo Je”, Peminat Sudah Tidak Sabar Menantikan Lagu Baharu BlackPink
Next article“Rumah Saya Dulu Lebih Kecil Daripada Rumah Sung Ki Hoon” – Lee Jung Jae