Home Entertainment “Lama Saya Fikir Bagaimana Nak Kongsi Berita Penting Ini.”- Son Ye Jin...

“Lama Saya Fikir Bagaimana Nak Kongsi Berita Penting Ini.”- Son Ye Jin Dan Hyun Bin Nak Kahwin

0

Aktres Son Ye Jin mengumumkan dia bakal mengahwini Hyun Bin, lapor Insight.

“Saya sudah jumpa seseorang untuk berkongsi hidup bersama.” tulis Son Ye Jin di laman Instagram.

“Ya, dialah orangnya.” katanya lagi sambil beritahu bahawa pasangannya tidak lain tidak bukan adalah Hyun Bin.

“Saya tak dapat bayangkan lelaki dan wanita akan bertemu, berkongsi hati dan berjanji untuk mempunyai masa depan bersama, semuanya berlaku secara natural untuk kami. Bukankah itu jodoh?”

Dengan bersama Hyun Bin, Son Ye Jin berasa disayangi dan dilindungi. Dia turut berterima kasih kepada peminat atas kasih sayang mereka selama ini dan berharap semuanya bahagia.