Home Entertainment Jay Park Berlari Keluar Untuk Bertemu Dengan Gadis Idamannya, IU

Jay Park Berlari Keluar Untuk Bertemu Dengan Gadis Idamannya, IU

0

jay Park adalah bukti bahawa impian boleh menjadi kenyataan! Selepas memilih IU sebagai perempuan idamannya, bertahun-tahun yang lalu, dia akhirnya dapat bekerjasama dengannya di dalam lagu “GANADARA.”

unnamed 1

Apabila Jay Park muncul dalam episod JTBC Entertainment’s Witch Hunt pada 2014, dia diminta untuk memilih diantara IU ataupun Taeyeon Girls’ Generation sebagai perempuan idamannya.

Jay Park kemudian berkata wanita comel bukanlah pilihannya, tetapi baru-baru ini ia telah bertukar. Jay Park mengakui bahawa dia kini tertarik dengan wanita comel. Jadi, dia memilih IU sebagai jenis idealnya.

Seterusnya, Jay Park diminta untuk memilih antara Suzy dan IU.

Sekali lagi dia memilih IU.

Kini, kira-kira 8 tahun kemudian, Jay Park dan IU telah mengeluarkan sebuah karya hasil kerjasama mereka, “GANADARA.”

Lagu manis dan romantis ini ditulis dari perspektif seseorang yang jatuh cinta kepada seseorang dan mereka tidak dapat berkomunikasi sepenuhnya kerana halangan bahasa.

Kemudian di lokasi tempat rakaman muzik video, Jay Park bercakap dengan pasukannya untuk mencuba menghubungi IU untuk penggambaran video.

Dan apabila IU akhirnya muncul di set, Jay Park berlari keluar dari bilik persalinan untuk bertemu dengan gadis idamannya itu.

Peminat K-Pop sudah mengetahui bahawa IU merupakan gadis idaman Jay Park, dan mereka mengakui betapa hebatnya Jay Park kerana akhirnya mendapat peluang untuk bekerja bersama dengan IU.

Jom lihat Muzik Video ‘GANADARA’ di bawah:

 

Sumber: Koreaboo