Home Entertainment Salah Seorang Pelatih HYBE Entertainment Tinggalkan Populariti Di Thailand Demi Menjadi Bintang...

Salah Seorang Pelatih HYBE Entertainment Tinggalkan Populariti Di Thailand Demi Menjadi Bintang K-Pop

0

HYBE Labels sedang bersiap sedia untuk penampilan kumpulan lelaki baharu mereka iaitu Trainee A (nama sementara).

Syarikat itu baru sahaja memperkenalkan nama ahli, tetapi peminat telah menjangkakan kejayaan Trainee A sama seperti BTS dan TXT.

Trainee A 110322 877x1024 1

Antaranya, ahli Thailand Yorch Yongsin paling menarik perhatian dengan penampilan yang tampan dan bakat yang luar biasa.

Gambar baharu Yorch yang diambil bersama ahli kumpulannya baru-baru ini telah menjadi tajuk utama.

Yorch Yongsing 110322

Lebih-lebih lagi, di dalam penilaian bulanan dan video photoshoot Trainee A, peminat dan netizen tertarik dengan penampilan Yorch yang ‘cool’.

Sambil bergambar di hadapan kamera, dia membetulkan kolar bajunya dengan ekspresi yang memukau dan kelihatan maskulin.

Video pendek Yorch membetulkan kolarnya itu telah menjadi viral di laman media sosial. Ia telah mendapat lebih 1 juta tontonan di Twitter dalam masa sehari.

Yorch Yongsing 1103225 819x1024 1

Memiliki wajah yang kacak, batang hidung yang tinggi dan bibir yang cantik, Yorch berjaya menarik peminat ketika dia sedang bergambar atau tersenyum. Selain itu, pelatih lelaki itu juga mempunyai ketinggian yang mengagumkan iaitu 173cm.

Yorch baru-baru ini muncul dalam industri KPOP sebagai seorang pelatih, tetapi sebenarnya, dia sudah menjadi terkenal sejak dahulu lagi.

Yorch Yongsing 1103221

Dia terkenal sebagai model dan pelakon yang hebat. Dia memulakan kerjayanya pada usia 10 tahun. Walaupun Yorch Yongsin belum debut secara rasmi, dia sudah mempunyai peminat yang ramai.

Idola lelaki kelahiran 2002 itu terkenal sejak kecil kerana penampilan kacak, personaliti comel dan bakat yang luar biasa. Netizen percaya bahawa Yorch akan disayangi oleh lebih ramai orang pada masa yang akan datang.

Sumber: kbizoom