Home Kdrama/Kmovie Jang Ki Yong Mengaku Song Hye Kyo Ada Datang Melawatnya Di Kem...

Jang Ki Yong Mengaku Song Hye Kyo Ada Datang Melawatnya Di Kem Tentera

0

Song Hye Kyo menunjukkan sokongannya untuk pelakon utama lelaki “Now We Are Breaking Up” Jang Ki Yong dengan melawatnya di kem tentera!

Pada 10 Mac, Jang Ki Yong—yang kini menjalani latihan ketenteraan telah membuat penampilan istimewa di rancangan radio SBS Power FM “2 O’Clock Escape Cultwo Show.”

Jang Ki Yong bersama Chanyeol EXO dan Hyojin ONF muncul dengan berpakaian seragam untuk bercakap mengenai persembahan muzikal tentera mereka yang akan datang.

Hyojin Jang Ki Yong Chanyeol

Disitu, Jang Ki Yong juga ada bercakap mengenai penggambaran drama terbarunya “Now We Are Breaking Up”.

“Saya meneruskan penggambaran drama itu sehingga empat hari sebelum pendaftaran saya,” kongsi Jang Ki Yong.

“Saya telah menonton drama itu sebulan selepas saya tiba di unit tentera saya, dan sebenarnya kami terpaksa membuat penggambaran dengan cepat kerana pendaftaran saya ini.”

now we are breaking up couple jang ki yong and song hye kyo

DJ Kim Tae Gyun kemudian bertanya kepada Jang Ki Yong sama ada rakan pelakonnya Song Hye Kyo datang melawatnya semasa perkhidmatan tenteranya, dan dia menjawab, “Ya, dia ada. Seluruh pasukan ‘Now We Are Breaking Up’ datang menemui saya. Ia benar-benar memberi saya semangat.”

 

Sumber: Soompi