Kes cabul membabitkan penyanyi popular Kris Wu semakin hangat diperkatakan netizen apabila satu rakaman suara bertajuk ‘dumeizhu recording’ tular dalam media sosial.

Video tersebut dianggap sebagai bukti bekas anggota kumpulan EXO itu tidak bersalah selepas ditahan atas tuduhan merogol termasuk mencabul seorang mangsa berusia 12 tahun.

kris wu allegations exo 072321

Menerusi rakaman berkenaan, kedengaran suara wanita bernama Du Meizhu mengakui dia menerima sejumlah wang untuk berlakon sebagai mangsa dan memerangkap Kris.

Du Meizhu bagaimanapun dalam kenyataannya berkata, rakaman tersebut sudah disunting terlebih dahulu.

Bagaimanapun, seorang rakannya iaitu Li En menafikan kenyataan terbabit dan memainkan rakaman sebenar suara Meizhu menerusi telefon bimbitnya dalam satu temu bual bersama sebuah program televisyen.

Sehingga kini masih belum jelas berkaitan kes yang mendakwa Kris melakukan jenayah rogol kerana tidak ada seorang pun mangsa membuat laporan polis.

Baca lagi:  [Amaran] Netizen Bimbang, Lizzy After School Tulis ‘Selamat Tinggal, Hidup Saya’ Di Instagram

AP20299375674889

Kris ditahan polis China pada Julai tahun lalu. Penahanannya dibuat hanya menerusi satu tuduhan yang dibuat seorang gadis secara atas talian.

Berikutan liputan penangkapannya pada 31 Julai tahun lalu, nama Kris tercalar selain hilang kepercayaan pelbagai pihak.

Sumber: kosmo

Previous articleStaf IU Buat Aduan Tentang Perangainya Yang Sebenar, Ini Reaksi Netizen
Next articleJang Ki Yong Mengaku Song Hye Kyo Ada Datang Melawatnya Di Kem Tentera