Home K - Pop   Netizen Bimbang, Lizzy After School Tulis ‘Selamat Tinggal, Hidup Saya’ Di...

 [Amaran] Netizen Bimbang, Lizzy After School Tulis ‘Selamat Tinggal, Hidup Saya’ Di Instagram

0

Pada 10 Mac, bekas ahli After School, Lizzy menyiarkan satu mesej di Instagramnya.

[AMARAN]

Pada hari ini, Lizzy telah memuat naik satu gambar dengan kapsyen, “Selamat tinggal, hidup saya”. Gambar itu merupakan gambar Ariel, watak utama animasi Disney Princess ‘The Little Mermaid’.

1646878082 l 2022031002000554200111941 1

Walaupun gambar Ariel itu sedang tersenyum lebar, kapsyen kontras Lizzy mengundang kebimbangan ramai netizen. Terkini Instagram Lizzy telah ditetapkan kepada ‘private’.

Pada Mei 2021, Lizzy didakwa kerana memandu di bawah pengaruh dengan kepekatan alkohol dalam darah sebanyak 0.08%, cukup tinggi sehingga lesennya dibatalkan.

Kemudian pada Oktober 2021, perbicaraan pertama Lizzy telah diadakan dan dia didenda 15 juta won (~$12,206 USD). Lizzy memilih untuk tidak merayu kepada mahkamah, dan hukuman terakhirnya telah ditetapkan.

Sumber: allkpop