Home Entertainment 5 Drama Untuk Ditonton Jika Anda Suka “Twenty Five, Twenty One”

5 Drama Untuk Ditonton Jika Anda Suka “Twenty Five, Twenty One”

0

Pasti peminat drama ‘Twenty Five, Twenty One’ berasa lama untuk menunggu episod baharu kan?

Drama remaja ini dibintangi oleh Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk dan Bona WJSN dan ditayangkan dua hari seminggu.

twenty five twenty one main 6

Terdapat banyak pengajaran yang boleh diperolehi oleh penonton seperti semangat kesukanan, membesar dan mengejar impian.

Tetapi bagaimana dengan lima hari lain dalam seminggu? Jangan risau, kerana berikut adalah beberapa cadangan untuk memastikan anda sentiasa bertenaga dan terinspirasi!

1. “Extraordinary You”

Dibintangi oleh Kim Hye Yoon dan Rowoon SF9, “Extraordinary You” ialah siri fantasi di mana watak dalam dunia buku komik menjadi sedar diri, dan mereka cuba untuk menulis semula takdir mereka sendiri.

extra ordinary you

Pengajaran yang boleh dipelajari daripada drama ini ialah tentang keazaman, persahabatan dan mencari diri sendiri.

extraordinary you x

2. “Weightlifting Fairy Kim Bok Joo”

Turut dibintangi oleh Nam Joo Hyuk, “Weightlifting Fairy Kim Bok Joo” kekal sebagai salah satu K-drama sukan paling ikonik setakat ini.

weightlifting fairy kim bok joo

Drama ini menceritakan tentang pelajar-pelajar di universiti sukan dan ia melakukan kerja yang menakjubkan dalam meneroka persahabatan dan semangat kesukanan ketika situasi sedang tegang.

Setiap watak berjuang untuk mengejar impian mereka, mencari cinta dan diri mereka sendiri dalam proses itu.

3. “School 2017”

Walaupun “School 2017” lebih memfokuskan kepada pelajar sekolah menengah yang mengharungi persekitaran akademik yang kompetitif, watak utamanya Ra Eun Ho (Kim Sejeong) ialah seorang artis webtoon yang bercita-cita tinggi berharap untuk masuk ke universiti seni walaupun grednya lemah.

school 2017

Siri ini memberi tumpuan kepada pelajar yang bakatnya terletak di luar bidang akademik dan berkongsi bahawa tidak mengapa untuk mempunyai impian yang lain daripada yang lain.

school 2017 sejunq

Artikel Berkaitan: Ratu K-Drama Dan 5 Drama Terbaiknya Yang Perlu Anda Tonton

Artikel Berkaitan: Rating ‘Ghost Doctor’ Semakin Meningkat, Ini Dua Sebab Mengapa Anda Harus Menonton Drama Bromance Perubatan Ini

4. “Start- Up”

Kembali pada tahun 2020, Nam Joo Hyuk telah membintangi “Start-Up,” sebuah kisah inspirasi calon muda yang ingin berjaya dalam perniagaan mereka.

start up

Drama ini juga dibintangi oleh Suzy sebagai Seo Dal Mi, yang sedikit sebanyak bersemangat sama seperti Na Hee Do daripada “Twenty Five, Twenty One.”

Kedua-duanya menghadapi banyak halangan dalam perjalanan mereka, tetapi mereka belajar bergantung dan mempercayai antara satu sama lain sambil mengejar impian mereka.

5. “Fight My Way”

Sama seperti “Twenty Five, Twenty One,” drama yang memberi inspirasi ini juga mengikuti perjalanan seorang atlet ke arah kejayaan.

Fight My Way

Go Dong Man, lakonan Park Seo Joon, ialah merupakan bekas ahli taekwondo yang berhenti daripada sukan itu selepas berhadapan dengan insiden yang menyakitkan.

Disaat umurnya semaking meningkat ke dewasa, Dong Man merasakan kehidupannya itu tidak memuaskan.

Dia kemudian memilih untuk beralih kepada pelbagai seni mempertahankan diri sebagai cara untuk mengejar impiannya

fight my way weheartit

Sumber: Soompi