Home Entertainment Rating ‘Ghost Doctor’ Semakin Meningkat, Ini Dua Sebab Mengapa Anda Harus Menonton...

Rating ‘Ghost Doctor’ Semakin Meningkat, Ini Dua Sebab Mengapa Anda Harus Menonton Drama Bromance Perubatan Ini

0

Bagaimana jika seorang doktor dirasuk hantu ketika sedang melakukan pembedahan? Tema yang mustahil untuk menjadi realiti ini telah menjadi sebuah cerita yang penuh dengan emosi dan komedi. Ghost Doctor tvN ialah drama tersebut.

dummy 5

Cerita ini bermula apabila seorang doktor genius yang sombong Cha Young Min (Rain) koma selepas kemalangan jalan raya. Rohnya kemudian boleh memasuki ke dalam tubuh seorang doktor pelatih iaitu Go Seung Tak (Kim Bum).

Jika anda belum pernah lagi menonton drama ini, jom kita lihat antara dua sebab yang boleh membuatkan anda jatuh cinta dengan drama ini.

ghost doctor 1

1. Pelakon yang Menarik Dengan Dua Watak yang Bertentangan

Ghost Doctor telah menggabungkan genre perubatan dengan fantasi. Kedua-dua genre ini, sangat bertentangan antara satu sama lain, menunjukkan sinergi yang baik dan emosi yang bersesuaian.

Babak yang menarik di dalam drama ini apabila roh koma Cha Young Min memasuki ke dalam tubuh Go Seung Tak dan membongkar konspirasi besar yang berlaku di hospital tersebut.

4db0f2b4 0ef9 4f99 b0dc 555aab242f14 1ba1810b

Unsur ‘merasuk’ inilah yang menjadi tarikan utama drama ini. Walaupun plot yang tidak masuk akal tentang roh dan tubuh orang yang masih hidup bergabung dengan orang yang sedang koma.

Kesungguhan kedua-dua doktor itu dalam merawat pesakit telah menimbulkan tekanan di dalam drama ini.

dummy 4 1

Oleh kerana hantu tidak dapat dilihat oleh manusia, mereka boleh masuk ke mana-mana yang mereka mahu pada bila-bila masa sahaja.

Young Min, yang kini telah menjadi hantu, dapat melihat dan mendengar plot Han Seung Won (Tae In Ho), seorang ketua pentadbiran hospital yang merancang untuk membunuhnya.

2. Rain dan Kim Bum ‘Bromance’

Tarikan terbesar Ghost Doctor ialah ‘chemistry’ antara Cha Young Min dan Go Seung Tak. Young Min cuba untuk membongkar kebenaran konspirasi yang membawanya ke ambang kematian melalui Seung Tak.

drama korea ghost doctor 1 169

Manakala Seung Tak pula mahu menyelamatkan pesakit menggunakan kemahiran Profesor Cha Young Min.

Kedua-dua mereka kemudian berkerjasama, menggunakan antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Baca lagi: 5 Doktor Kacak Di Dalam K- Drama Perubatan Dengan Jalan Cerita Yang Menarik

Baca lagi: Ulasan K-Drama ‘Happiness’: Detik Cemas Penghuni Apartmen Semasa Diserang Virus Zombi

dummy 2 1

Mereka seringkali mencuba untuk mengawal sesuatu keadaan, dan setiap kali perkara pelik berlaku, ia akan memberikan gelak tawa yang besar kepada penonton.

Drama ini menjadi lebih kelakar kerana mereka berdua mempunyai personaliti, status dan kemahiran pembedahan yang sangat bertentangan.

0a1bd03e 6d84 46b5 a9b0 5e4d3d06410b b2959300

Tetapi cerita ini bukanlah kelakar hanya disebabkan ‘merasuk’ semata- mata. Sebelum kemalangan itu, Young Min merupakan seorang doktor yang berhati dingin sehingga menyebabkan pesakit koma keluar dari wad.

Walau bagaimanapun, apabila dia mendapati dirinya dalam situasi yang sama, dia mula memahami mereka dan berubah lebih banyak sambil melihat Seung Tak, yang mungkin kurang kemahiran pembedahan tetapi merawat pesakit dengan ikhlas.

51b7e143fa8e31a13ba113c5bf0be1056e7a5c08

Seung Tak juga secara beransur-ansur membesar daripada seorang lelaki kaya yang tidak matang kepada seorang doktor sebenar semasa melakukan pembedahan dengan Young Min.

Drama ini juga berkait dengan kisah sedih pesakit yang akan membuatkan penonton menangis.

viu premium access malaysia 1639157248 374d7947 progressive 1

Berita baik! Anda boleh menonton drama- drama perubatan ini secara PERCUMA sahaja di VIU! Anda hanya perlu melayari VIU di website ataupun menggunakan aplikasi VIU.

Aplikasi Viu ini boleh dimuat turun dalam smartphone supaya boleh streaming di mana dan bila-bila masa sahaja. Boleh menonton semua episod ‘Ghost Doctor’ di sini.