Home Kdrama/Kmovie Ulasan K-Drama ‘Happiness’: Detik Cemas Penghuni Apartmen Semasa Diserang Virus Zombi

Ulasan K-Drama ‘Happiness’: Detik Cemas Penghuni Apartmen Semasa Diserang Virus Zombi

0

Kebelakangan ini, cerita zombi dan hiburan Korea berpisah tiada dan tumbuh seperti cendawan.

Selain berjaya membuatkan emosi penonton seperti roller-coaster, mereka turut menggambarkan penyakit sosial dalam kalangan masyarakat menerusi wabak zombi.

Salah satunya adalah drama Korea berjudul ‘Happiness’. Menonton cerita ini akan membuatkan anda berasa boleh relate dengan musim pandemik yang masih belum berakhir ini.

Baca lagi: 5 K-Drama Bertemakan Romantik Komedi Yang Pastinya Menjadi Pilihan Ramai

Baca lagi: 7 K-Drama Tema Medikal Di Viu Untuk Merawat Sakit Hati (Ubatnya Percuma Dengan Dos Perancak)

‘Happiness’ mengikuti kisah para penghuni yang terkurung dan menjalani kuarantin di dalam sebuah apartmen kerana wabak.

Penduduknya tidak begitu ramai kerana bangunannya masih baru dibina dan dibuka. Aras apartmen tinggi ini juga dikelompokkan mengikut kelas sosial, misalnya tingkat atas untuk golongan kayangan.

3 4
Kredit: tvN via Soompi

Seorang anggota polis wanita bernama Yoon Sae-bom membuat perjanjian dengan orang atasannya iaitu Han Tae Seok bagi mendapatkan unit apartmen baru tersebut, dengan syarat Sae-bom mesti berkahwin selain daripada prestasinya yang cemerlang.

Lantas Sae-bom berpakat dengan kawannya semasa zaman sekolah, Jung Yi-hun yang kini juga merupakan seorang polis untuk berlakon sebagai pengantin baru sebagai usaha bagi mendapatkan rumah idamannya.

4
Kredit: tvN via Soompi

Namun kebahagiaan para penghuni pangsapuri itu tidak bertahan lama apabila mereka diserang orang yang dijangkiti virus tersebut. Virus ini lebih ganas daripada corona kerana ia merubah manusia jadi zombi- mata serba putih dan dahagakan darah manusia.

Dalam usaha Sae Bom dan Yi Hyun menyelamatkan orang ramai, mereka turut berhadapan dengan ancaman yang sama bahaya dengan zombi iaitu perangai manusia yang macam-macam. Lebih-lebih lagi apabila ada psikopat yang menceroboh bangunan itu.

Menerusi 12 episod, janji manis dan topeng senyuman palsu mula tertanggal apabila seorang demi seorang menunjukkan belang masing-masing semasa berada dalam kesusahan. Ada yang pentingkan diri, oportunis, paranoid dan pengkhianat.

2 5
Kredit: tvN via Soompi

Bahaya pula berada di mana-mana sehingga hampir tiada tempat untuk menyorok. Berjayakah mereka keluar dari bangunan itu dan jumpa kebahagiaan masing-masing? Akhirnya mereka memahami bahawa kebahagiaan itu bukan dicari tetapi ditanam dalam diri.

Nak tengok kat mana drama ‘Happiness’ ini?

Sekiranya anda belum ikuti siri anime ini, boleh strim dan muat turun ceritanya di Viu.

1 6
Kredit: Viu

Aktifkan Viu Premium supaya dapat menonton anime, filem, siri TV dan drama Asia termasuk dari Korea Selatan tanpa gangguan iklan. Pastikan juga anda download aplikasi Viu di smartphone supaya dapat menontonnya ke mana sahaja.